Nasionalpilihan

D’Parawood dinobat juara Battle Of The Bands Tentera Darat 2023

Kumpulan D’Parawood dari 10 Briged Para muncul juara Battl Of The Bands Tentera Darat 2023 kategori formasi di Dataran Sejarah, Ayer Keroh, malam tadi.

Lebih manis selain dinobatkan selaku juara kumpulan itu juga turut memenangi lagu patriotik yang diadakan sempena sambutan Hari Tentera Darat 2023.

Kemenangan itu membolehkan D’Parawood menerima hadiah wang tunai RM3,000 manakala lagu ciptaan terbaik mendapat RM500 serta piala pusingan.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Mohammad Ab. Rahman.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Dr. Muhamad Akmal Saleh dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman.

Naib juara pula disandang kumpulan Stallion Quatro dari 4 Divisyen menerima RM2,000 dan ketiga menjadi milik N’Separang dari 5 Divisyen mendapat RM1,500.

Sementara itu bagi kategori Antara Jabatan Arah/Kor pula johan disandang kumpulan Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 serta piala iringan.

Naib juara pula disandang bekas juara Battle Of The Bands 2020, D’Electras dari Kor Jurutera Letrik dan Jentera Diraja (KJLJD) yang meraih hadiah wang tunai RM2,000 manakala tempat ketiga menjadi milik D’Semenggos dari Kor Perkhidmatan Diraja (KPD).

Sementara itu, Pengurus Kombo RAMD, Mejar Mohd. Firdaus Kassim berkata, kemenangan itu amat bermakna selepas mereka gagal meraih sebarang kemenangan pada tiga pertandingan yang sama sebelum ini.

Katanya, sebelum ini kumpulannya sering layak ke peringkat akhir tetapi tidak berada di kedudukan tiga terbaik.

“Bila diumumkan RAMD muncul juara nyata ini amat mengejutkan tetapi syukur alhamdulillah percubaan kali keempat akhirnya membuahkan hasil buat kami,” ujarnya. – SM

(Visited 184 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button