Nasional

Agong perkenan darurat hingga 1 Ogos

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenan Perisytiharan Proklamasi Darurat sebagai langkah untuk membendung dan melandaikan penularan virus Covid-19 yang kini mencecah empat angka sehari.

Istana Negara dalam satu kenyataan memaklumkan, darurat akan dilaksanakan sehingga 1 Ogos tahun ini.

Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin, keputusan itu diambil selepas Al-Sultan Abdullah menerima menghadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin pada 5.30 petang semalam yang menyembah maklum keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri untuk pelaksanaan darurat.

“Perlu dimakluamkan bahawa perkenan ini juga telah mengambil kira rundingan Seri Paduka Baginda dengan Raja-Raja Melayu.

“Perkenan ini turut mengambil kira keselamatan diri rakyat dan kepentingan negara. Ianya juga berlandaskan statistik semasa Covid-19 khususnya kekangan kemudahan-kemudahan logistik mengikut negeri-negeri yang telah dipersembahkan sesi taklimat tersebut,” katanya.

Satu jawatankuasa bebas yang dianggotai ahli-ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang serta pakar-pakar kesihatan dan yang berkaitan akan ditubuhkan.-SM

(Visited 418 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button