Hiburan

Aisyah Hijanah keadaan baik mohon doakan bayi dalam kandungan 

Menerusi Instagram story, pempegaruh media sosial, Aisyah Hijanah menyampaikan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang mengambil berat tentang dirinya susulan tentang pergolakan rumah tangganya bersama, Alif Teega.

Aisyah memaklumkan bahawa dia dalam keadaan baik dan akan meneruskan kerja di syarikatnya seperti biasa atas rasa tanggungjawab.

Kenyataan dari Aisyah Hijanah

Dalam pada masa yang sama, Aisyah juga berharap orang ramai berikan sedikit ruang dan tidak bertanyakan lanjut berkenaan isu rumah tangganya.

‘’Tujuan saya menulis kali ini adalah untuk menjernihkan dan memurnikan keadaan yang sedang berlaku.

‘’Pertama sekali, terima kasih buat semua yang mengambil berat dan memberi kata-kata motivasi. Semoga dengan motivasi kalian, Allah memberikan kemudahan dan kebahagian.

‘’Alhamdulillah, semuanya dalam keadaan baik. Tetapi atas komitmen saya kepada syarikat saya iaitu Hijanah Official, saya tetap perlu membuat live seperti biasa.

‘’Saya mohon netizen untuk memberi ruang dan tidak bertanya mengenai isu yang terjadi. Dikhuatiri situasi akan bertambah besar.

Dalam perkongsian yang sama, Aisyah mohon kepada orang ramai mendoakan bayi dalam kandungannya daripada sebarang kemudaratan.

‘’Doakan bayi dalam kandungan saya dipelihara daripada sebarang kemudaratan. In Shaa Allah saya cuba sebaiknya menjaga dgn baik & selamat.

‘’Alhamdulillah semalam baru ‘detail scan‘, dan bayi dalam keadaan y baik, tetapi agak kecil drpd umurnya. Rakan-rakan psikologi juga ada yg memeriksa & menjaga kesejahteraan mental saya.

Aisyah juga menghargai segala nasihat yang diberikan kepadanya.

”Akhir kata, terima kasih atas motivasi & kasih sayang semua. Saya sangat menghargai kalian, biarpun kita tidak kenal secara rapat, tetapi segala motivasi y diberikan st berguna utk saya di masa akan datang.
Doakan semoga semuanya baik-baik sahaja & kita boleh teruskan hidup dgn lebih baik”.

Alif Teega, tegar menduakan isterinya

Terdahulu kecoh di media sosial, apabila pempegaruh media sosial, Alif Teega mengumumkan berita perkahwinan keduanya, dikatakan Alif telah berkahwin bersama pekerjanya di Songkla Thailand.

Artikle Berkaitan :>

Abang Tesla nasihat isteri di luar sana rajin-rajin tengok telefon suami

(Visited 205 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button