Nasional

Pelan Pemulihan Negara komprehensif, sejahtera untuk semua

PELAN Pemulihan Negara yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin semalam disifatkan sebagai komprehensif untuk kesejahteraan semua pihak.

Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa berkata, pelan tersebut meliputi usaha melandaikan lekuk jangkitan Covid-19 dan pemberian suntikan vaksin serta sumbangan bantuan kepada rakyat.

“Perutusan Pelan Pemulihan Negara oleh YAB Perdana Menteri yang menekankan beberapa aspek seperti kepentingan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk melandaikan lekuk jangkitan Covid-19; pemberian suntikan vaksin yang semakin rancak dan pemberian bantuan kepada rakyat yang terkesan adalah begitu komprehensif untuk kesejahteraan semua pihak,” katanya.

Annuar berkata, selari dengan pelan itu Kementerian Wilayah Persekutuan telah pun memulakan Program Vaksinasi Bergerak MYMedic@Wilayah khusus untuk mempercepatkan dan merancakkan lagi vaksinasi kepada komuniti di perumahan rakyat dan perumahan awam serta golongan pekerja industri dan gelandangan.

Selain itu, peniaga di pasar borong dan penduduk di kampung-kampung tradisi di Kuala Lumpur turut akan menerima suntikan vaksin di kawasan masing-masing dalam masa terdekat.

Menurut Annuar proses vaksinasi kepada penduduk Wilayah Persekutuan Labuan juga sedang diperhebatkan.

Kesemua langkah yang diambil secara tidak langsung menyokong usaha kerajaan untuk mendapatkan imuniti kelompok pada kadar yang secepatnya.

sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakaan pada 1 Jun yang lepas Annuar terlah telah mengumumkan beberapa bantuan melalui Inisiatif Wilayah Cakna 5.0.

Bantuan tersebut bagi mengurangkan beban mereka yang terkesan akibat pelaksanaan PKP.

Bantuan tambahan kepada penduduk lokaliti Labuan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) juga telah diumumkan semalam bagi membolehkan rakyat Labuan dibantu sekaligus dapat menempuhi tempoh yang mencabar.-SM

 

 

 

 

(Visited 67 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button