Nasional

PKPD mungkin dilaksana di Lembah Klang, kes terus meningkat

Kerajaan sedang mengkaji kemungkinan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di Lembah Klang susulan peningkatan kes positif COVID-19.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Yaakob, berkata pilihan lain adalah mengetatkan prosedur operasi standard (SOP) di kawasan terbabit dalam usaha mengawal penularan virus itu.
Bagaimanapun, beliau berkata, keputusan mengenainya bergantung kepada saranan Kementerian Kesihatan (KKM) dan kementerian berkaitan kerana tindakan seumpama itu memerlukan penilaian teliti di semua aspek.
“Kalau PKPD dilaksanakan, semua orang tidak boleh keluar rumah. Makanan akan dihantar ke rumah, aktiviti ekonomi juga perlu dihentikan.
“Memang mudah untuk kita kawal pergerakan tetapi banyak perkara perlu dipertimbangkan. Paling penting kita kena fikir mereka yang bergantung kepada mata pencarian harian.
“Kita akan adakan perbincangan dan buat keputusan dalam masa terdekat. Tetapi buat masa ini, kita laksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Lembah Klang,” katanya dalam sidang media hariannya, hari ini.
Sebelum ini terdapat rungutan daripada beberapa pihak apabila PKPB yang dilaksanakan di Lembah Klang bermula 14 Oktober lalu dilihat longgar, antaranya apabila taman awam dan pusat gimnasium sudah dibenarkan beroperasi.
Ismail Sabri juga memaklumkan kerajaan bersama KKM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan berbincang dan mengeluarkan SOP berkaitan sambutan Deepavali tidak lama lagi.
(Visited 310 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button