Politik

DUN Negeri Sembilan bubar 1 Julai

DEWAN Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan akan dibubarkan pada Sabtu, 1 Julai bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan.

Memetik laporan BERNAMA, Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, tarikh 1 Julai itu dicadangkan dan mendapat perkenan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.

“Pada pagi ini, saya mendapat perkenan Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir untuk menandatangani watikah membubarkan DUN Negeri Sembklan bagi memberi ruang PRN diadakan.

“Ahlamdulillah tarikh pembubaran ialah pada 1 Julai ini,” katanya di Wisma Negeri, hari ini.

Terdahulu, Aminuddin tiba di Istana Hinggap pada pukul 10 pagi untuk menghadap Tuanku Muhriz bagi memohon perkenan Baginda tarikh pembubaran DUN.

Aminuddin berkata, pembubaran tersebut selaras dengan kuasa diperuntukkan di bawah Ceraian (2) Fasal 56, bahagian Yang Kedua, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.

Aminuddin juga berkata, beliau telah memohon pejabat Yang Dipertua DUN Negeri Sembilan supaya dapat menyegerakan pemakluman rasmi tarikh pembubaran DUN Ke-14 kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memberi ruang PRN diadakan serentak dengan lima DUN negeri-negeri lain.

Beliau berkata, pentadbiran kerajaan negeri akan berfungsi sebagai kerajaan interim yang beroperasi seperti biasa bagi memastikan system perkhidmatan kerajaan kekal efisyen.

Untuk rekod, Negeri Sembilan antara enam negeri yang akan mengadakan PRN kali ini selain Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Negeri Sembilan mempunyai 36 kerusi DUN yang menyaksikan Pakatan Harapan (PH) yang dipimpin oleh Aminuddin menguasi 20 kerusi iaitu DAP (11), PKR (6) dan Amanah (3).

Manakala Barisan Nasional (BN) menguasai 16 kerusi (UMNO, 15 kerusi dan MIC, satu). – SM

(Visited 86 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button