Nasional

Astro Awani beri kerjasama siasatan terhadap pembaca berita

ASTRO Awani akan memberikan kerajasama penuh kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung siasatan terhadap pembaca berita stesyen televisyen berhubung isu kompaun RM50,000 terhadap dua peniaga di Kelantan.

Ashwad Ismail

Ketua Pengarangnya, Ashwad Ismail berkata, Astro Awani sentiasa berpendirian bahawa institusi kepolisan negara perlu sentiasa dihormati.

“Kami sentiasa berpendirian bahawa institusi kepolisan negara yang menjamin keharmonian dan kesejahteraan rakyat perlu sentiasa dihormati dan dipelihara setiap masa.

“Sebagai saluran berita utama dan hal ehwal semasa Astro Awani terus komited bersama memperkukuhkan jalinan kerjasama yang sedia erat antara masyarakat dan PDRM melalui pemberitaan yang beretika, seimbang dan berkualiti,” kata Ashwad.

Semalam Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya sudah membuka kertas siasatan terhadap kes pembaca berita sebuah stesen televisyen yang mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah.

Kertas siasatan kes berkenaan dibuka mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan, sehingga boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Acryl Sani berkata tindakan pembaca berita itu menimbulkan fitnah dan kebencian masyarakat terhadap pihak penguat kuasa, terutama pasukan PDRM.

“Ini kerana tindakan yang dilakukan PDRM itu berlandaskan peruntukan undang-undang yang sedia ada bagi tujuan mengekang pandemik COVID-19,” katanya.

Selain Seksyen 504 Kanun Keseksaan, siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian) yang boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Sebelum ini tular di media sosial petikan kata-kata pembaca berita Astro Awani berkaitan kompaun RM50,000.

Antara ungkapannya termasuk,”Sekarang ni ramai yang hidup secara ala kadar, ketika otak yang letaknya di atas, ada yang bertindak seolah otak di lutut.”-SM-SM

 

(Visited 830 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button