Nasionalpilihan

Bulan Sabit Merah Malaysia sambut ulang tahun ke-75

BSMM Negeri Selangor Lancar majlis kutipan derma tabung persiapan bencana.

BULAN Sabit Merah Malaysia (BSMM) menyambut Sambutan Ulang Tahun Ke–75 dan bersempena dengan itu melancarka Kutipan Derma Tabung Bencana Peringkat Negeri Selangor diadakan pada 14 Oktober 2023 yang lalu di The Ballroom by MAHSA Events di Universiti MAHSA, Bandar Saujana Putra.

Seramai 873 ahli Bulan Sabit Merah Malaysia dan para penderma telah hadir di majlis tersebut . Sebanyak 9 Daerah, 6 IPTA, 100 murid Sekolah Menengah, 23 Agensi Kerajaan telah turut hadir memeriahkan majlis tersebut.

Manakala Tetamu Kehormat hadir ke majlis tersebut adalah Yang Amat Mulia Tengku Sulaiman Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, Tengku Laksamana Selangor serta  Pengerusi Bulan Sabit Merah Malaysia Nanthakumar Rajasingam.

Bulan Sabit Merah Negeri Selangor telah mengisytiharkan perlantikan Yang Amat Mulia Tengku Sulaiman Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, Tengku Laksamana Selangor sebagai Penasihat Kehormat.

Sebanyak 36 syarikat dan penderma individu telah menyampaikan “mock cheque” masing – masing kepada Yang Amat Mulia Tengku Sulaiman Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, Tengku Laksamana Selangor untuk disampaikan kepada Tabung Bencana Bulan Sabit Merah Malaysia Negeri Selangor.

Menurut Nantha, yang juga Pengerusi Bulan Sabit Merah Malaysia Negeri Selangor, sumbangan ini akan digunakan untuk membeli asset baru seperti kereta pacuan 4×4, lori 3 tan dan lain – lain peralatan sebagai persediaan dan kelengkapan bencana. Memandangkan di Negeri Selangor sudah terdapat banyak kawasan “hotspot” banjir, maka Bulan Sabit Merah Malaysia perlu memperkasa aset bencana sebagai persiapan menghadapi musim banjir di Negeri Selangor.

Turut dimaklumkan Bulan Sabit Merah Malaysia Negeri Selangor diuruskan sepenuhnya oleh ahli–ahli sukarelawan yang komited. Berdasarkan Arahan 18, 20 dan 21 Majlis Keselamatan Negara, Bulan Sabit Merah Malaysia Negeri Selangor juga bertugas semasa banjir, tanah runtuh, kebakarandan Covid–19. Ini adalah selaras dengan 7 prinsip Bulan Sabit Merah Malaysia iaitu kemanusiaan, kebebasan, kesaksamaan, keberkecualian, khidmat sukarela, kesejagatan dan kebersatuan.

Dalam pada itu, para sukarelawan juga turut dilatih dari masa ke semasa dalam pelbagai bidang pengoperasian bencana. Bagi mempelajari teknik – teknik mutakhir dalam pengoeprasian bencana, kadangkala sukarelawan dihantar ke luar negeri untuk mempelajari teknik – teknik baru sebagai persiapan menghadapi bencana.

Di antara operasi bencana yang pernah ahli–ahli BSMM Negeri Selangor terlibat adalah Banjir di Sri Muda, Shah Alam, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Perak, Tanah Runtuh, Highland Tower, Bukit Antarabangsa serta kebakaran kilang Bright Sparkle, Sungai Buloh

Di samping itu, ahli–ahli BSMM Negeri Selangor juga pernah menjalankan operasi bencana alam bersama Ibu Pejabat Kebangsaan  seperti Tsunami Acheh Indonesia, Banjir Lumpur di Pulau Lyete Filipina, Typhoon Nargis di Myanmar, Gempa Bumi Bam Iran dan Gempa Bumi Balakot Pakistan.

Menurut Nantha lagi, Yang Amat Mulia Tengku Sulaiman Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj (Penasihat Kehormat) akan membawa Bulan Sabit Merah Malaysia Negeri Selangor ke satu dimensi baru dengan pelbagai pembaharuan dan perubahan positif. Perlantikan Yang Amat Mulia Tengku Sulaiman Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj sebagai Penasihat Kehormat akan menjadi pemangkin kepada kemajuan Bulan Sabit Merah Malaysia Negeri Selangor.

Sebagai langkah proaktif, Bulan Sabit Merah Malaysia Negeri Selangor telah mula membuat persiapan menghadapi bencana dengan melatih para sukarelawan, memberi kesedaran kepada orang sebagai persiapan menghadapi bencana dan memperkasakan Bulan Sabit Merah Malaysia Negeri Selangor dengan membeli aset – aset yang sesuai selaras dengan keperluan semasa.

Oleh itu, masih ramai lagi orang yang boleh membantu dengan menderma kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Cawangan Selangor di akaun bank yang bernombor 514422105882 (MAYBANK). Sekiranya memerlukan keterangan lanjut, sila hubungi Encik Palany Murugayah selaku Pengarah Bulan Sabit Merah Malaysia Negeri Selangor di talian 017-3647054 dan Encik N. Murugan selaku Setiausaha Kehormat di talian 019-5565854 serta Pejabat Bulan Sabit Merah Malaysia Negeri Selangor di talian 03-56136806. – SM

Artikel berkaitan > Raja Muda Perlis santuni petugas Dapur Jalanan, Bulan Sabit Merah

(Visited 226 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button