Berita

TUDM akan menubuhkan satu Lembaga Penyiasat berkenaan jurulatih cedera sehingga maut

Dilaporkan tiga anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terdiri daripada seorang penuntut dan dua jurulatih terbabit yang menjalani latihan menembak senjata bantuan dan bom lempar bertukar tragedi apabila dua daripadanya meninggal dunia.

Sumber Gambar : Harian Metro

TUDM akan menubuhkan satu Lembaga Penyiasat bagi mengenal pasti punca kejadian tersebut.

“”TUDM menggesa semua pihak agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi sehingga proses siasatan dijalankan oleh pihak PDRM selesai dan menghormati sensitiviti keluarga anggota yang terbabit. Maklumat perkembangan insiden akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.

Mangsa yang meninggal dunia di Hospital Segamat, Johor, Allyaharham Koperal Udara Syuib Bidin, 33, yang merupakan jurulatih di Institut Pengajian Pentadbiran dan Pengurusan (Instar).

Seorang lagi penuntut Instar pangkalan Udara SedayanLaskar Udara, Mohad Iqmal Masdi, 22 meninggal dunia di tempat kejadian akibat letupan bom lempar semasa sesi latihan dijalankan.

Manakala seorang lagi jurulatih yang dilaporkan mengalami kecederaan parah dalam kejadian tersebut iaitu Koperal Udara Khairuzaman Lokman, 25, kini masih menerima rawatan di hospital sama dan dalam pemantauan rapi serta dilaporkan dalam keadaan stabil.

Waris anggota yang terlibat telah dimaklumkan oleh TUDM dan akan memastikan semua urusan kebajikan keluarga mangsa-mangsa yang terlibat diutamakan serta urusan pengebumian disempurnakan dengan sebaiknya.

Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Mohd. Asghar Khan Goriman Khan TUDM serta pucuk pimpinan tertinggi TUDM menzahirkan rasa dukacita atas kejadian yang berlaku dan merakamkan salam takziah kepada waris anggota yang meninggal dunia.

“Doakan agar roh kedua-dua Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di dalam kalangan hamba-Nya yang beriman. Selain itu, diharapkan urusan rawatan kepada anggota yang cedera dipermudahkan, dilaksanakan dengan segera serta dikurniakan dengan kesembuhan,” kata kenyataan itu lagi.” –SM

(Visited 133 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button