Nasionalpilihan

MPHTJ teruskan usaha iventori pokok

Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) akan terus melaksanakan inventori pokok dalam usaha memastikan khazanah hutan itu diuruskan secara mampan.

Yang Dipertuanya, Datin Sapiah Haron berkata, pihaknya telah menjalankan iventori pokok sebanyak 12,956 batang iaitu kira-kira 25 peratus daripada jumlah pokok di seluruh negeri ini berjumlah 54,878 batang.

Menurutnya, pelaksanaan inventori pokok itu bermula sejak 2017 hingga tahun lalu dalam usaha mengenali usia, tempoh dan jenis pokok.

Beliau berkata, melalui pemantauan daripada itu memudahkan pihaknya mengenal pasti pokok yang cukup tempoh untuk ditebang kerana faktor usia bagi mengelak daripada berlaku kejadian tidak diingini.

“Kita ada satu sistem ‘MyTrees’yang kalau kita lihat di mana setiap pokok yang kita tanam seperti ada ‘surat beranak’ iaitu tahun berapa kita tanam, umurnya, di mana lokasi dan pihak mana yang menanam.

“Di situ ada kod QR yang membolehkan kita dapat tahu detail pokok itu ditanam termasuk nama saintifiknya.

“Pelaksanaan inventori ini adalah salah satu amalan pengurusan terbaik bagi pemeliharaan dan pemuliharaan pokok serta pengurusan infrastruktur hijau di kawasan pentadbiran MPHTJ,” ujarnya kepada pemberita selepas
Program Pembudayaan Landskap Veritas 100 Trees di Reforestation & Riparian Sungai Putat di sini hari ini.

Pada program tersebut sebanyak 100 batang pokok dikenali Hopea Odorata atau ‘Merawab Siput Jantan’ ditanam di kawasan berkenaan.

Dalam pada itu Sapiah berkata, setakat ini MPHTJ telah menanam kira-kira 1,000 batang pokok Hopea Odorata setakat ini.

Menurutnya, menjadi sasaran pihaknya menanam sebanyak 1,500 pokok spesis itu setiap tahun yang meliputi kawasan Lebuh Ayer Keroh (dari Tol Ayer Keroh hingga ke Taman Botanikal), Lebuh SPA, kawasan Perindustrian Ayer Keroh dan Jalan MITC.

“Melalui penanaman 100 batang pokok ini sebagai inisiatif ESG bagi meluputkan sebanyak 5 peratus pelepasan karbon tahunan Veritas,” ujarnya.

Beliau berkata, aktiviti penanaman pokok akan terus ditingkatkan dalam usaha untuk mempertingkatkan keindahan landskap dan kawasan hijau di kawasan pentadbiran MPHTJ. – SM

(Visited 41 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button