Hiburan

Mia Sara pelik selepas ditegur mengapa dia disuntik vaksin oleh doktor lelaki

PELAKON, Mia Sara Nasuha meluahkan rasa pelik mengapa dirinya dipersoalkan selepas mendapat suntikan vaksinasi daripada seorang doktor lelaki.

Malah menurut Mia Sara, tiada sesiapa pun boleh memilih siapa doktor yang akan memberi suntikan kepadanya dan perkara itu juga dilakukan secara rawak.

“Mengapa anda semua terlalu marah apabila doktor yang jalankan tugas menyuntik saya itu seorang lelaki? Anda pasti tahu saya tidak boleh memilih dan untuk tujuan perubatan ia bukan satu masalah (disuntik doktor lelaki).

“Disebabkan itu lika anda mahu meninggalkan sesuatu komen itu, pastikan anda perlu tahu apa yang sedang diperkatakan,” ujarnya.

Pelakon berkenaan berkata demikian setelah mendapat banyak komen yang mempersoalkan apabila dia mendapat suntikan daripada seorang doktor lelaki.

Antara komen-komen yang diberikan adalah pelakon berkenaan tidak seharusnya membenarkan doktor lelaki melakukan suntikan ke atas dirinya kerana dia seorang gadis bertudung.

Selebriti yang pernah popular dengan julukan pelakon cilik, Mia Sara Nasuha Muhammad Ridhuan, 16, melahirkan rasa hairan apabila ramai mempersoalkan mengapa dia berurusan dengan doktor lelaki ketika mendapatkan suntikan vaksin semalam.

Sebelum ini pelakon itu berkongsikan satu rakaman video ringkas dirinya menerima selamat menerima suntikan vaksin dos pertama di Pusat Pemberian Vaksin Mega (PPVM), Dewan Tun Canselor, Universiti Multimedia, Cyberjaya, Selangor semalam. -SM

(Visited 628 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button