Ekonomi

Jom sertai Kelas Saham bersama Suara Merdeka

JIKA anda baharu hendak belajar tentang saham dan ingin mengetahui cara-cara membuat urus niaga saham, Suara Merdeka akan membuka Kelas Saham secara dalam talian (Online).

 

Kelas Saham ini julung-julung kali diadakan oleh portal berita Suara Merdeka bagi membantu masyarat khususnya rakyat Malaysia yang mahu mencari pendapatan sampingan.

Terutama sekali ketika mereka yang terkesan akibat krisis kesihatan iaitu pandemik Koronavirus (Covid-19), pastinya tercari-cari sumber lain pendapatan bagi menampung keperluan kehidupan seharian.

Justeru, Suara Merdeka menampilkan tenaga pengajar yang juga merupakan pakar dalam pengendalian perdagangan saham, Cikgu Saham, Zuraida Mohd. Zakaria, akan mewujudkan Kelas Saham.

Cikgu Zuraida mempunyai pengalaman hampir 30 tahun dalam urusan perdagangan saham dan pernah kongsikannya dalam terbitan artikel menerusi surat khabar mahupun media digital.

Oleh itu, Kelas Saham pertama kali dianjurkan Suara Merdeka bersama Cikgu Saham akan mempelajari banyak perkara asas termasuklah pembukaan akaun Central Depository Service (CDS).

Malah, dalam kelas pertama ini juga peserta akan diajar mengenai aplikasi khusus untuk main saham dan juga mempelajari cara membeli saham.

Selain itu, istimewa dalam kelas pertama ini, peserta akan mempelajari cara-cara untuk memohon saham Tawaran Awam Awal (IPO).

IPO merupakan saham asas bagi syarikat yang bakal disenaraikan dalam bursa.

Dalam kelas pertama ini juga, Cikgu Saham akan membuka sesi soal jawab kepada peserta selama dua jam bagi memberi pemahaman lebih baik.

Justeru, bagi mendapatkan tawaran pada Kelas Saham pertama ini, sila daftar sekarang dengan bayaran cuma RM50 sahaja.

Jangan buang masa, sertai Kelas Saham bersama Cikgu Saham pada harga yang termurah di pasaran iaitu RM50 sahaja dengan klik di sini (Kelas Saham) untuk mendaftar.

Mudah sahaja klik Kelas Saham untuk daftar, dan prosesnya cuma mengambil masa kurang daripada lima minit. – SM

 

(Visited 764 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button