Politik

Wakil Pemuda UMNO bercakap tidak benar dalam PAU – MB Kedah

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, perwakilan Pemuda UMNO bercakap tidak benar bila memperihalkan suasana di pejabat Menteri Besar Kedah dalam ucapan beliau di Perhimpunan Agung UMNO (PAU), semalam.

“Beliau telah membina persepsi bahawa Pegawai Khas MB Kedah dari UMNO ‘kena buli’, dikutuk, dipertikai oleh Pegawai-pegawai Khas lain di Pejabat MB Kedah akibat langkah-langkah politik yang diambil oleh UMNO, khususnya tentang i-Sinar dan KWSP.

“Selama saya ada di sini, tidak ada sesiapa pun pernah bersembang tentang politik kepartian di pejabat.

“Saya tidak pernah mendengar tentangnya. Tidak pernah sesiapapun mengutuk UMNO, PAS, PPBM atau mempertikai langkah -langkah politik UMNO di pejabat MB. Nama-nama pemimpin politik pun tidak pernah disebut atau diulang sebut dalam urusan kerja di Pejabat MB,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata Muhammad Sanusi, beliau telah membina suasana kekeluargaan di pejabat yang ada wakil-wakil parti dalam kerajaan PN sebagai Pegawai Khas MB.

“Kita tidak membina kem parti politik di sini, kita bekerja sebagai kerajaan untuk seluruh rakyat Kedah.

“Walaupun Pegawai Khas daripada PAS lebih ramai daripada UMNO dan Bersatu, Pegawai Khas daripada UMNO dan PPBM dilayan secara profersional,” katanya.

Hubungan sewaktu kerja dalam satu pasukan, katanya, seperti adik beradik, tidak ada kurang tidak ada lebih.

“Bezanya dia dengan yang lain. Dia jarang ada di pejabat kerana melakukan tugasan di luar.

“Inilah dipertegaskan bahawa di pejabat MB Kedah tidaklah seperti digambarkan dalam ucapan beliau itu dalam konteks hubungan antara kakitangan dan pegawai yang berlainan parti politik,” katanya.

(Visited 498 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button