Luar Negara

Russia buka koridor kemanusiaan di beberapa bandar di Ukraine

MASIH ada lagi dasar perikemanusiaan. Tentera Russia hari ini menghentikan seketika serangan bagi memberi laluan kepada koridor kemanusiaan di beberapa bandar Ukraine termasuk ibu negara, Kyiv, kata Kementerian Pertahanan Rusia.

Katanya, pembukaan koridor dari bandar Kharkiv, Mariupol dan Sumy itu juga sedang diatur susulan permohonan peribadi Presiden Perancis, Emmanuel Marcon selain mengambil kira situasi semasa semua bandar terbabit.

Mereka yang meninggalkan Kyiv akan dihantar ke Rusia, kata kementerian itu, sambil menambah, ia akan menggunakan dron untuk memantau pemindahan dan “cubaan pihak Ukraine untuk menipu Rusia dan seluruh dunia bertamadun … tidak berkesan kali ini”.

Sebelum ini, dua kali cubaan membawa penduduk keluar dari Mariupol susulan gencatan senjata sementara dilapor gagal apabila Rusia dan Ukraine menuduh satu sama lain, melanggar perjanjian itu.

Cubaan terbaharu semalam juga gagal dengan kedua-dua pihak sekali lagi tuduh-menuduh antara satu sama lain.

Menurut Kremlin, Presiden Rusia, Vladimir Putin menyalahkan Kiev yang didakwa melanggar janji yang dicapai berhubung isu kemanusiaan itu, dalam satu panggilan telefon antaranya bersama Macron.

Pencerobohan Rusia di Ukraine kini masuk hari ke-11 dan lebih 1.5 juta penduduk  melarikan diri dari negara itu dengan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menyifatkannya sebagai krisis pelarian paling pantas berkembang di Eropah sejak Perang Dunia Kedua. – SM

(Visited 137 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button