Hiburan

Sengaja cetus kontroversi, Jihan Muse tindas Azmi Saat dengan lawak OKU?

Sebut sahaja program realiti hiburan tanah air, Gegar Vaganza sebelum ini menjadi tumpuan kerana adanya Elly Mazlein sebagai pengacara dengan watak Kak Lina Pom Pom.

Namun setelah Jihan Muse yang sebelum ini berganding dengan Nabil Ahmad, selepas habis tempoh berpantang, Kak Lina Pom Pom nampaknya terpaksa beri laluan.

Kalau layan media sosial selebriti tanah air ini, isu Palestin diserang Zionis pun boleh tenggelam sehingga ada yang memohon, rancangan hiburan dihentikan seketika.

Namun nama pun akhir zaman.. takkanlah program hiburan nak dihentikan. Takkanlah stesen TV nak buat program zikir atau selawat. Mana ada sponsor yang nak masuk.

Maka untuk meneruskan survival selebriti tanah air serta krew belakang tabir, walaupun muak, hadap sahajalah kandungan industri hiburan tanah air yang dihidangkan.

Realiti mereka yang kaya dan mahu sponsor ini bergantung kepada rating juga. Kalau rancangan hiburan itu sendu, takkan boleh pergi jauh segala jenis iklan.

Perkara ini ibarat satu penyakit dan penyakit itu menjadi barah sehinggakan program hiburan tanah air dibenci peminat seni kerana kontroversi yang banyak tidak enaknya.

Tidak mahu bercakap tentang Kak Lina Pom Pom yang merajuk atau mimik geram Aisyah yang tersingkir, kisah Jihan Muse membahan Azmi Saat boleh kira panas juga.

Mana tidaknya.. Azmi Saat itu sudahlah OKU (Orang Kurang Upaya), Jihan Muse boleh pula buat lawak sensitif berkait dengan OKU siap main nama ayah Azmi lagi iaitu ‘Saat’.

Kalau zaman sekolah dulu-dulu.. siapa main nama ayah, boleh kena pukul. Kerana nama ayah adalah maruah keluarga dan anak itu membawa maruah keluarga.

Boleh dikatakan percaturan Jihan Muse untuk buat lawak sedemikian tersasar kerana cerita sudah rapat dan kenal dengan Azmi Saat bukan alasan yang perlu diterima masyarakat umum.

(Visited 101 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button