Nasional

Agensi bawah KPLB harus laksanakan projek untuk rakyat mengikut jadual

Golongan tahfiz tiada kelulusan akademik perlu dibantu

SEMUA agensi dan kakitangan di Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) diingatkan agar melaksanakan projek dan program bagi tahun 2022 mengikut jadual yang ditetapkan.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, semua agensi dan bahagian di kementerian kini sibuk untuk memberi dan menyalur peruntukan mengikut jadual.

USAI ucapan, Mahdzir Khalid menyampaikan sumbangan kepada wakil-wakil KPLB B40, Pengawal Keselamatan dan Pekerja Pembersihan bangunan KPLB, hari ini.

“Bulan April ini atau tiga suku pertama memang kita semua sibuk. Jadual program dan projek pun sudah ada dan mengikut bajet peruntukan berbilion kerana ini projek untuk rakyat.

“Saya harap dengan pemantauan yang dibuat oleh Datuk KSU yang mencadangkan agar satu jawatankuasa ditubuhkan, dapatlah projek dan program KPLB dilaksanakan mengikut timeline,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap dalam Himpunan Bulan April 2022 dan Majlis Berbuka Puasa (Iftar) KPLB, hari ini.

Beliau berkata, untuk pelaksanaan, perlu ada kaedah dan cara serta KPI (Key Performance Index).

“Semua peraturan ada tetapi tidak semua peraturan boleh dilaksana. Maka itulah perlu ada kebijaksanaan atau wisdom, menggunapakai PR (personel skill) dan pemantauan,” ujarnya sambil menekankan, PR itu amat penting dalam melaksanakan projek-projek KPLB.

Antara projek KPLB, jelasnya, termasuk membaiki jalan-jalan raya, membina rumah baharu, surau, masjid dan longkang.

Mahdzir berkata, beliau gembira dengan pencapaian semua agensi termasuk pencapaian Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Katanya, walaupun yang memohon untuk masuk MRSM adalah sebanyak 75,000 pelajar dan maktab hanya mampu menyediakan 9,900 tempat namun ibu bapa merasakan 30,000 anak-anak layak untuk masuk ke sekolah berasrama penuh atau boarding school.

Dalam sidang media usai Majlis Berbuka Puasa KPLB, Mahdzir turut menegaskan, bantuan perlu diberi kepada para pelajar tahfiz yang tidak mempunyai kelulusan akademik.

Walaupun beliau tidak mempunyai jumlah sebenar golongan pelajar tahfiz ini namun sekurang-kurangnya, para pelajar yang tiada kelulusan akademik ini perlu diberi perhatian dan bantuan.

“Masalah ini bukan baharu dan kalau dilihat, terdapat tiga kategori pelajar tahfiz iaitu yang pertama, kumpulan pelajar yang hafazan, ada akademik dan boleh baca Quran. Ini yang terbaik.

“Kategori kedua ialah ulu albab iaitu pendidikan formal dan berada di asrama penuh, hafazan, cekap membaca Quran dan berpengetahuan dalam bidang Sains dan mempunyai sijil SPM.

“Kategori ketiga, inilah golongan pelajar yang semata-mata tahfiz, tidak ada kelulusan akademik. Golongan inilah yang perlu dibantu supaya anak-anak ini ada Sijil Kemahiran (SKM),” jelas Mahdzir.

Katanya lagi, golongan ketiga itu perlu menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Sebagai contoh, KEDA di Kedah, kata Mahdzir, membantu kategori ketiga secara skala kecil.

Oleh itu, beliau berharap, bukan sahaja agensi di bawah KPLB mengambil bahagian membantu golongan tahfiz yang hanya berkelayakan menjadi bilal di surau-surau, pihak atau agensi dari kementerian yang berkenaan perlu mengambil bahagian secara aktif kerana golongan ini boleh pergi lebih jauh dari itu. – SM

(Visited 246 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button