Mahkamah

Penghakiman kes Najib yang anda perlu tahu

1. Belum pun reda keputusan dari Mahkamah Rayuan kedengaran, sudah ada pihak-pihak tertentu mengatakan bahawa penganiayaan perlu dielakkan. Dan tiada hijab di antara doa orang yang teraniaya dengan Allah swt.

2. Adakah ini bermakna, Cybertrooper Najib Razak sudah memulakan Naratif bahawa Najib dianiaya dan tidak bersalah ? Adakah ini juga bermakna, 3 Hakim Mahkamah Rayuan, terkhilaf dan tersilap di dalam penghakiman mereka ?

3. Manakala Dato’ Sri Najib Razak pula mengeluarkan kenyataan di Twitter beliau, “I didn’t know, ask or instruct anyone to transfer RM42 million to my personal account.”

Bermaksud, “Saya tidak tahu, tidak meminta dan tidak mengarahkan sesiapa memindahkan (memberi saya) RM42 juta ringgit masuk ke dalam akaun peribadi saya.”

*PENGHAKIMAN.*
*APA KATA HAKIM.*

4. Ketiga-tiga Hakim Mahkamah Rayuan kata, penghakiman oleh Hakim Mahkamah Tinggi tidak salah dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta ringgit kekal.

Ini terkandung di dalam Ringkasan Penghakiman Kes Rayuan Najib Razak berjumlah 54 muka surat.

5. Hakim juga mengeluarkan pandangan seperti berikut :

(i). Kes SRC International ini bermula apabila SRC mengemukakan permohonan untuk mendapatkan Grant daripada Kerajaan melalui sepucuk surat kpd. PM Najib Razak (pada 24.8.2010), berjumlah RM3 billion ringgit.
(To set up SRC as a strategic resource vehicle to maintain strategic stakes in key resources such as coal, alumina, uranium and iron as well as oil and gas).

Setelah di teliti permohonan tersebut atas arahan PM Najib Razak ketika itu, EPU menolak permohonan itu.

EPU sebaliknya menawarkan grant sebanyak RM20 juta ringgit kepada SRC tetapi tidak di terima oleh SRC.

SRC kemudiannya diletakkan di bawah MOF Inc. dan memohon kepada PM Najib Razak melalui sepucuk surat (pada 3.6.2011) untuk SRC mendapatkan pinjaman (loan) daripada Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP-Duit Rakyat) sebanyak RM3.95 billion ringgit bagi tujuan _”to pursue the strategic investment plans for SRC.”_

KWAP hanya akan bersetuju sekiranya Kerajaan memberikan Gurantee terhadap Loan ini.

Najib Razak selaku PM telah membawa satu Kertas Kabinet untuk Government Gurantee terhadap Loan RM2 billion tersebut, atas capacity beliau sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Kabinet meluluskan Kabinet Paper yang di bawa oleh Najib Razak ketika itu.

Najib Razak tidak nyatakan kepentingan (interest) beliau sebagai Penasihat Emeritus kpd. SRC International.

Loan kedua sebanyak RM2 billion juga daripada KWAP, Government Guranteenya di luluskan oleh Kabinet yang di Pengerusikan oleh Najib Razak.

Kehadiran dan penyertaan tertuduh Najib Razak di dalam meluluskan kedua-dua Government Loan Gurantee untuk Loan dari KWAP berjumlah RM4 billion ringgit adalah merupakan asas paling penting di dalam Pertuduhan Section 23 MACCA – Menggunakan kedudukan untuk mendapatkan sebarang imbuhan (the use of position for gratification).

(ii). Pada 24.12.2014, setelah RM4 billion di terima oleh SRC dari KWAP.

Nik Faizal dan Dato’ Suboh (Pengarah dan Penanda-Tangan Cek Akaun SRC), telah mengarahkan AMIslamic Bank memindahkan RM40 juta dari Akaun SRC kepada Akaun Gadingan Menteri Sdn. Bhd. (GMSB). Pada hari yang sama GMSB pindahkan RM40 juta kepada Ihsan Perdana Sdn. Bhd. (IPSB).

Manakala pada, 26.12.2014, RM27 juta telah di pindahkan oleh IPSB, masuk kedalam Akaun Peribadi Najib Razak di AMBank (Akaun 880).

Pada hari yang sama, RM5 juta pula di pindahkan ke Akaun Peribadi Najib Razak di AmBank (Akaun 906) iaitu Akaun Kedua Najib.

Pada 5.2.2015 dan 6.2.2015, RM10 juta di pindahkan lagi dari SRC kepada Akaun GMSB. Dan GMSB pindahkan RM10 juta tersebut kepada IPSB.

IPSB pula pada 10.2.2015, pindahkan RM10 juta ke Akaun Peribadi Najib No. 880. Dan kemudiannya di pindahkan pula ke Akaun 906.

Asas pertuduhan ini ialah, Najib Razak sebagai Perdana Menteri pada ketika itu, mempunyai kuasa mutlak untuk melantik atau memecat sesiapa sahaja Pengarah SRC International.

Serta mempunyai kuasa untuk meminda sebarang perkara di dalam _Memorandum and Articles of Association (M & A)_ Syarikat SRC.

Najib juga adalah merupakan Penasihat Emeritus di bawah M & A Syarikat dan sebagai Menteri Kewangan adalah shareholder tunggal SRC. Kerana SRC berada di dalam MOF Inc.

(iii). Perkara Ketiga, ketika Panel Pelaburan KWAP sedang meneliti permohonan pinjaman dari SRC, dan ingin mencadangkan agar meluluskan permohonan pinjaman untuk SRC sebanyak RM1 billion ringgit.

Belum pun cadangan ini di muktamadkan oleh KWAP, PM Najib telah memaklumkan kepada Tan Sri Wan Abdul Aziz Wan Abdullah, Pengerusi Panel Pelaburan KWAP (merangkap KSP MOF), agar mempercepatkan kelulusan Pinjaman (Loan) SRC, dan memaklumkan RM2 billion ringgit adalah jumlah yang cukup.

Atas arahan ini, pada 19.7.2011, Loan kepada SRC di luluskan sebanyak RM2 billion ringgit (subject to a guarantee by the Government).

Ini juga merupakan Asas Pertuduhan dari Peguam yang menuduh (Prosecution) bahawa apabila Perdana Menteri atau Menteri Kewangan (Najib Razak), menyatakan beliau bersetuju dengan cadangan Loan RM2 billion tersebut, tiada Pegawai dari Kerajaan atau SRC boleh membantah. Dan mereka mengikut arahan ini.

(iv). *ARAB DONATION DEFENCE.*
Najib didalam rayuan beliau menyatakan bahawa dia beranggapan (assumed), duit RM42 juta tersebut adalah dari Arab Donation (sumbangan keluarga DiRaja Arab).

Hakim memberi penghakiman bahawa sepanjang perbicaraan, Orang yang menulis surat tersebut tidak di panggil untuk membuktikan kesahihan surat tersebut. Oleh yang demikian, Mahkamah beranggapan surat tersebut hanyalah _hearsay_ dan tidak boleh di terima oleh Mahkamah sebagai bukti.

Dan Mahkamah mempunyai bukti, jumlah besar sumbangan ARAB Donation tesebut telah masuk dan keluar dari Akaun Najib pada tahun 2013, jauh 1 tahun daripada RM42 juta yang datang dari SRC ke Akaun Peribadi Najib pada tahun 2014.

_Having done that, the learned trial judge (Hakim Mahkamah Tinggi) found, and quite correctly we must add, that the 3 CBT charges have been *proved beyond reasonable doubt.*_

Hakim Mahkamah Rayuan juga mendapati ;

_We find the charge against the appellant (Najib Razak) for using his position for gratification has been proved *beyond a reasonable doubt.*_

_*In the final analysis, we dismiss the appellant’s appeal against both conviction and sentence on all charges and affirm the orders of the High Court.*_

*Bermaksud,*
Di akhir analisa (kes ini), Kita (Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan) menolak Rayuan Tertuduh (Najib Razak) berkenaan dengan sabitan kesalahan tertuduh di dalam kes ini dan mengekalkan hukuman yang di nyatakan oleh Hakim Mahkamah Tinggi.

6. Ini adalah petikan Penghakiman daripada Hakim-Hakim dari Mahkamah Rayuan iaitu ;

*YANG ARIF DATUK ABDUL KARIM BIN ABDUL JALIL.*
*YANG ARIF DATO’ HAS ZAINAH BINTI MEHAT,*
*YANG ARIF DATUK VAZEER ALAM BIN MYDIN MEERA.*

All Court of Appeal Judges, Putrajaya.

6. Maka, selesailah Kes Najib Razak ini di peringkat Mahkamah Rayuan dan kini Kes ini di bawa pula ke Mahkamah Persekutuan, untuk Rayuan seterusnya.

Mahkamah Persekutuan adalah Mahkamah tertinggi di negara ini.

7. Ramai Rakyat beranggapan, keputusan Mahkamah Rayuan ini sebagai membuktikan bahawa Mahkamah dan Institusi Kehakiman Negara Malaysia adalah *BEBAS DAN TIDAK DI PENGARUHI OLEH MANA-MANA PIHAK.*

Ini juga memperlihatkan kepada masyarakat dunia bahawa Institusi Kehakiman Negara mempunyai Intergriti yang tinggi serta menjunjung *PERATURAN PERUNDANGAN* iaitu *RULE OF LAW.*

 

(Visited 1,642 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Dato' Saiful Bahar

Penulis merupakan bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2008-2009), bekas Setiausaha Sulit Kanan kpd. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (2009-2013). Beliau juga bekas Penasihat Khas kpd. Menteri Peladangan dan Komoditi (2016-2018). Pernah bertugas dengan 3 Menteri dan seorang Timbalan Menteri serta telah berkhidmat di 8 Kementerian sepanjang 18 tahun di Putrajaya. Ketika ini, beliau merupakan Penganalisa Politik dan Polisi Kerajaan untuk Badan Bebas dan News Portal.

Related Articles

Back to top button