Rencah Hidup

Pengasas Beautyspells, Sis Bell nafi pijak ejen untuk kaya ‘sorang-sorang’

SEMANGAT ahli perniagaan produk kecantikan jenama Beautyspells, Norsidayati Mustari dari Tawau, Sabah untuk terbang tinggi dan membantu masyarakat Borneo khususnya tidak pernah luput.

Malah wanita yang mesra dengan panggilan Sis Bell ini juga enggan larut dengan kontroversi baru-baru ini apabila video ‘merenjis’ air kereta baharu dibelinya disifatkan kononnya seperti amalan bidaah dan syirik tular di aplikasi TikTok.

Bagi wanita berusia 33 tahun ini, misi untuk menggegarkan Borneo dan membangkitkan semangat berniaga menerusi rangkaian Beautyspells lebih penting berbanding hal lain.

Malah, Sis Bell juga mahu menepis wujudnya situasi pengasas atau pemilik produk ‘memijak’ ejen demi kaya seorang diri.

Malah hingga kini, sudah 16,000 ejen di Borneo dibantunya. 99 peratus daripadanya di kalangan ejen wanita dan selebihnya lelaki sekitar 30 orang.

Ahli perniagaan produk kecantikan jenama Beautyspells, Norsidayati Mustari atau Sis Bell dari Tawau, Sabah

“Tiada istilah saya ‘pijak’ ejen untuk hidup kaya atau wujud senario ejen yang selama ini memberi kekayaan kepada saya. Tapi saya mahu buktikan, jika boleh kaya beramai-ramai atau ‘berjemaah’ kenapa perlu kaya sendirian.

“Malah, saya sama sekali mahu membangkitkan semangat semua orang Borneo untuk berusaha ke arah kehidupan yang selesa. Saya mahu memimpin tangan untuk berjaya dan kaya sama-sama,” katanya.

Malah selama ini, jenama yang berpangkalan di Sabah dan mengetengahkan tagline ‘Semangat Bangkit Semakin Berjaya’ itu sudah membantu ramai masyarakat Borneo untuk meningkatkan taraf hidup.

“Ada ‘reseller’ saya yang dulu tinggal atas jambatan, tapi sekarang sudah mampu memiliki tanah dan membangunkan rumah. Ada ejen saya yang tak tahu membaca dan menulis selain tak pandai guna media sosial, kini hidup berjaya dengan bantuan kami.

“Jadi saya tekankan, memang tak ada istilah saya kaya seorang diri. Selagi boleh bantu, saya tidak akan lokek berkongsi rezeki dan nikmat. Bahkan staf dan ejen umpama keluarga baharu saya. Impian dan kejayaan mereka, nikmat terindah buat saya.

“Tahun lalu ada ejen saya berjaya capai RM2.8 juta jualan setahun. Malah tahun lalu ada lima ejen saya dapat jualan RM1 juta setahun. Empat daripada mereka perempuan dan seorang lelaki. Tahun ini saya sasar mahu 15 ejen pula dapat sasaran sejuta setahun ,” katanya.

Bersama ejen di Tawau Sabah di majlis Beautyspells Success Night

Kata Sis Bell, melihat kejayaan ejen selama ini umpama mengimbas kembali usahanya sekitar 9 tahun lalu membangunkan Beautyspells menerusi rangkaian produk losyen pemutih kulit.

“Saya bermula dari zero. Dulu ‘pejabat kecil’ hanya bertemankan meja makan dan tanpa staf. Saya juga berusaha tanpa disaksikan ibu bapa kerana yatim piatu. Saya bangkit tanpa bimbingan sesiapa.

“Sebab itu usaha membantu ejen saya kira seperti melihat diri sendiri sewaktu dulu. Bantuan dan bimbingan saya hulurkan mungkin tidak sebesar mana. Tapi bagi ejen, sangat besar dan bernilai.

“Ada yang selama ini nak beli beras tak mampu, banyak berhutang, gaji suami tak cukup. Anak minta beli ayam goreng (KFC) pun tak mampu. Tapi kini, semua senario dan hidup dalam ‘kegelapan’ itu mampu diatasi. Bersama empayar niaga saya, ia seperti memberi sinar harapan buat ramai orang,” katanya.

Ejen Beautyspells yang berjaya mencapai jualan RM2.8 juta

Dalam masa sama, jenama ini buat kali kedua akan menganjurkan Beautyspells Success Night di tiga lokasi dan tarikh berbeza.

“Kos acara membabitkan tiga lokasi dan tarikh masing-masing di Tawau (26 Februari), 1 Mac (Sandakan) dan Kota Kinabalu (3 Mac) ini menelan kos RM1.2 juta.

“Saya buat di tiga lokasi berbeza ini bagi memudahkan ejen yang datang dari latar belakang berbeza. Ada yang kali pertama nak masuk hotel dan beli tiket penerbangan.

“400 penerima (ejen) akan diraikan dan menerima ganjaran emas berjumlah keseluruhan RM380,000 serta wang tunai RM510,000 yang dihias dalam bentuk jambangan bunga. Ia jambangan bunga wang betul dan bukan palsu seperti digembar-gemburkan sebelum ini,” katanya.

Tahun ini, jenama berkenaan turut mensasarkan untuk menjual 500,000 unit losyen.

“Tahun lalu terjual 200,000 unit. Harga dijual dalam dua saiz. Botol kecil dengan berat 100 mililiter (ml) dijual pada harga RM39, manakala besar (500 ml) RM110,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bell Mustari (@bell_mustari)

Mengenai kontroversi ‘renjisan’ air di kereta, Bell enggan memanjangkannya.

“Takkan belum habis lagi cerita ‘renjis’ air di kereta itu. Sana sini komen sampai keluarga di pelbagai kumpulan sembang di Facebook. Sampai ada yang cakap ia amalan syikin… bidaah.

“Saya memahami apa yang dipaparkan dalam video itu mengundang kecaman dan jatuh salah untuk segelintir orang. Saya bagaimanapun memohon maaf kerana tak berniat apa-apa. Saya akui jahil ilmu agama.

“Tujuan buat begitupun kerana air yang disiram hasil bacaan, doa dan selawat dari seorang ustaz. Ia bersempena dapat kereta baharu. Ini kereta kereta lama saya berdepan kemalangan sebelum ini. Saya menyiram air sebenarnya bukan merenjis,” katanya.

Tambah Sis Bell lagi, dia tidak mengambil hati mana-mana komen yang mengguris hati atau disifatkan kasar.

“Lagipun kita sudah nak puasa dan sambut raya. Salam perkenalan daripada saya. Mana tahu, terjumpa mana-mana kita boleh jadi kawan atau ejen. Boleh juga saya berikan hadiah,” katanya.

Artikel berkaitan > Anak yatim piatu hasil karya untuk hargai ibu bapa

(Visited 310 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button