Nasionalpilihan

NGO minta SPRM siasat segera rasuah seks Exco kanan Melaka

Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Solidariti Anak Muda Malaysia (SMM) Melaka mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan segera terhadap dakwaan seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Kanan Melaka yang terpalit skandal rasuah seks.

Pengerusinya, Mohd. Zamri Abu Bakar berkata, ia adalah susulan skandal itu ditularkan di akaun media sosial Facebook milik dua individu Selasa lalu.

Menurutnya, melalui akaun tersebut telah memuat naik maklumat, gambar, cetakan perbualan WhatsApp dan video yang mengaitkan individu terbabit.

“Segala tuduhan yang dimuat menunjukkan Exco terbabit mempunyai hubungan dengan seorang wanita yang menawarkan khidmat seks bagi mendapat bayaran sehingga RM15,000 sebulan bagi membolehkan pakcik
wanita itu mendapatkan projek.

“Pendedahan itu jelas menunjukkan wujudnya elemen rasuah yang sangat besar di mana wanita itu telah pun memberikan khidmat seks bagi tujuan mendapatkan projek untuk pakciknya dan watak yang dikatakan Exco Melaka itu berjanji memberikan projek demi mendapatkan layanan seks itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan di pejabat SPRM Melaka di Alai, Melaka di sini, hari ini.

Mohd. Zamri berkata, jika benar ia berlaku, tindakan itu jelas menyalahi undang-undang dan Exco terbabit disyaki telah menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berupa layanan seks.

Sehubungan itu beliau meminta SPRM memanggil kedua-dua individu yang membuat pendedahan di Facebook serta menjalakan siasatan segera ke atas Exco dan wanita terbabit yang dikaitkan dengan tuduhan itu.

Sementara itu Pengarah SPRM negeri, Mohd Shahril Che Saad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan yang dibuat SAMM. – SM

Artikel berkaitan > Isu skandal Exco Melaka sebagai fitnah – KM

(Visited 215 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button