Nasional

KPM tidak kompromi hal yang boleh gugat perpaduan kaum, agama

Kementerian Pendidikan (KPM) tidak akan berkompromi dalam hal-hal yang melibatkan pengurusan sekolah khususnya terhadap perkara yang boleh menggugat perpaduan kaum dan agama.

Ia merujuk kepada video sidang media yang tular di Facebook pada 8 Februari 2023 berkaitan dakwaan guru meminta murid menukar agama.

KPM telah mendapatkan maklum balas awal daripada pihak Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) berhubung kenyataan video tular tersebut.

Siasatan awal telah dijalankan segera bagi mendapatkan kesahihan maklumat.

KPM memandang serius terhadap isu yang dilaporkan ini dan menegaskan bahawa hal agama tidak boleh dijadikan persendaan yang boleh menggugat keharmonian kaum dan negara.

Sehubungan dengan itu, siasatan lanjut dan tindakan sewajarnya akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati melakukan persendaan kaum atau agama. Pada masa yang sama, KPM juga akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekiranya terdapat laporan polis dibuat mengenai isu tersebut.

(Visited 196 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button