NegeriRencah Hidup

Aplikasi WhatsApp selamatkan tiga pendaki sesat di Gunung Panti

MEMANG seronok mendaki gunung tetapi hati-hati kerana boleh tersesat jika tidak berpengalaman ataupun tiada jurupandu arah.

Baru-baru ini, seorang lelaki warga emas meninggal dunia kerana sesak nafas selepas mendaki gunung bersama keluarga.

Terkini, dua lelaki dan seorang wanita dilaporkan sesat ketika mendaki Gunung Panti. Mujurlah mereka ditemui selamat selepas memaklumkan lokasi mereka melalui aplikasi WhatsApp, malam tadi.

Pegawai Bomba Kanan II Mohd Syukri Mohd Yusoff berkata, semua mangsa Gan Chen Yang, 23, Yong Chin Cheng, 25, dan Wong Zao Yi (wanita), 22, ditemui kira-kira pukul 10 malam.

Lokasi mereka ditemui ialah kira-kira 300 meter dari ‘check point’ kedua Gunung Panti sebelum dibawa turun oleh pasukan keselamatan itu.

“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) bertindak melakukan pencarian bersama bantuan agensi lain dengan kaedah mengesan lokasi yang telah diberikan oleh mangsa melalui aplikasi WhatsApp.

“Semua mangsa berjaya ditemui dalam keadaan selamat sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, laporan dibuat sendiri oleh mangsa yang memaklumkan menerusi telefon bahawa mereka tersesat ketika dalam perjalanan turun dari Gunung Panti pada  pukul 4.53 petang.

Susulan itu, seramai 10 anggota PKO dihantar ke lokasi kejadian dan difahamkan mereka yang memulakan pendakian pada pukul 7 pagi dipercayai sudah biasa dengan aktiviti mendaki dan masih boleh dihubungi cuma tidak menemukan jalan keluar. – SM

(Visited 215 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button