Ekonomi

Bank Rakyat umum penawaran semula pembiayaan terbaru khas untuk anggotanya

Bank Rakyat umum penawaran semula Pembiayaan Peribadi-i DivA dan Akaun Pelaburan-I Rizq khusus untuk anggota Bank Rakyat.

Menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick, inisiatif ini memastikan anggota Bank Rakyat menikmati pelbagai manfaat menerusi penyediaan kemudahan produk dan dapat manfaat pembayaran dividen serta kadar Keuntungan.

Datuk Ewon Benedick merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Bank Rakyat

“Saya percaya keprihatinan Bank Rakyat in adalah amat selari dengan nilai Malaysia Madani yang mengutamakan kesejahteraan dan kemakmuran masyarakat Malaysia secara menyeluruh, sekali gus menunjukkan komitmen dan ihsan Bank Rakyat dalam memastikan kebajikan dan kemakmuran ekonomi anggotanya terus dipelihara,” ujar beliau ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Bank Rakyat 2023 yang menghimpunkan 902 perwakilan individu dan koperasi di seluruh negara.

Sidang Akhbar oleh Datuk Ewon Benedick

Selain itu Bank Rakyat menerima pengiktirafan sebagai jenama paling pesat berkembang di Malaysia.

Berdasarkan laporan Brand Finance Malaysia 100 2023, Bank Rakyat mendahului jenama perbankan yang lain dengan mencatatkan peningkatan dua digit dalam nilai jenama sebanyak 49%.

Di samping itu, Bank Rakyat turut disenaraikan sebagai Top 300 Cooperatives dalam industri utama perkhidmatan kewangan berdasarkan laporan World Cooperative Monitor 2020 yang dikeluarkan oleh International Cooperative Alliance (ICA), yang mana jenama Bank Rakyat setanding dengan jenama terkenal di dunia milik koperasi seperti Group Credit Agricole (Perancis) Nippon Life (Jepun) dan Sunkist Growers Incorporated (Amerika Syarikat).

Bagi pencapaian di peringkat domestik pula, Bank Rakyat telah disenaraikan dalam kelompok Koperasi Premier Malaysia 2022 oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) yang mana pengiktirafan ini dianugerahkan berdasarkan kedudukan Bank Rakyat sebagai antara empat koperasi terbaik ‘Profil 100 Koperasi Terbaik Malaysia’.

Dari segi prestasi kewangan pula Bank Rakyat terus konsisten dalam mencatatkan prestasi kewangan yang cukup memberangsangkan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 dengan keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak RM1.70 bilion berbanding RM1.63 bilion pada tahun 2021 meskipun berdepan dengan persekitaran pasca pandemik, di samping mengekalkan pembayaran dividen dua digit untuk tempoh lebih 30 tahun.

Artikle Berkaitan

 

Bank Rakyat diiktiraf jenama paling pesat berkembang di Malaysia

Bank Rakyat tawar Pembiayaan Peribadi-i Swasta eksklusif kepada kakitangan profesional

(Visited 214 times, 2 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button