Nasional

Pengerusi TNB lancar program CKS peringkat negeri Selangor

Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB), YB Dato’Seri Mahdzir Khalid melancarkan Program Ceria Ke Sekolah (CKS) Tenaga Nasional Bhd (TNB) , peringkat negeri Selangor di Wisma TNB, USJ di Subang Jaya, semalam.

Mahdzir itu berkata TNB sentiasa komited membantu golongan memerlukan dan kurang berkemampuan terutama golongan B40.

Beliau berkata bantuan itu bertujuan mengurangkan tekanan yang dihadapi keluarga kurang berkemampuan dalam membuat persediaan anak mereka ke sekolah, terutama berikutan pandemik COVID-19.

“Program CKS peringkat negeri Selangor hari ini memperuntukkan kira-kira RM310,000 melibatkan 3100 pelajar daripada keluarga B40 di Selangor,”katanya ketika menyampaikan ucapan dalam program itu.

Katanya sumbangan itu merangkumi kelengkapan sekolah termasuk pakaian sekolah dan beg sekolah dan ia akan disampaikan melalui kerjasama pimpinan tempatan dan pihak sekolah.

Turut hadir, Ahli Parlimen Tanjong Karang, YB Tan Sri Noh Bin Haji Omar dan 25 ketua bahagian UMNO di negeri Selangor.

Mengulas lanjut, Mahdzir berkata program CSR di bawah pengurusan TNB mempunyai empat kategori termasuk pendidikan, sukan, bantuan asnaf dan alam sekitar.

“CSR pendidikan merupakan program terbesar di bawah TNB yang mana, kita menghantar pelajar-pelajar ke luar negara seperti, Australia, New Zealand dan United Kingdom (UK).”katanya.

Sejak pelaksanaannya pada 2013, program CKS TNB telah membantu 36,018 keluarga dengan jumlah sumbangan RM7.5 juta di Semenanjung Malaysia dan Sabah.

(Visited 486 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button