Nasional

Pesakit dari daerah lain dibenar terima rawatan di Klinik Kesihatan berdekatan

PESAKIT yang datang ke klinik kesihatan kerajaan perlu dirawat dengan segera, kata Kementerian Kesihatan.

Dalam jawapan bertulis parlimen, kementerian itu berkata mereka komited dalam penyediaan perkhidmatan kesihatan kepada semua rakyat.

Kementerian Kesihatan menjawab kepada soalan Puan Dr. Hajah Halimah Ali yang bertanya adakah pihak kementerian ada membuat ketetapan melarang pesakit menggunakan khidmat klinik kesihatan yang lebih dekat dengan rumah mereka selepas persempadanan semula kawasan pilihanraya.

Dr Zaliha Mustafa berkata, semua anggota kesihatan di kaunter pendaftaran diingatkan untuk tidak menolak kehadiran mana-mana pelanggan untuk mendapatkan rawatan di klinik kesihatan.

“Bagi memenuhi Pendekatan No Wrong Door Policy, Kementerian telah melaksanakan Personalised Care (Family Doctor Concept) bagi memastikan penjagaan kesihatan yang berterusan dan tidak boleh dijadikan alasan untuk menolak pelanggan yang datang dari luar kawasan operasi klinik kesihatan,” tambah beliau.

Mana-mana pesakit dari daerah lain dibenarkan untuk mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan berdekatan demi keselesaan dan kemudahan pesakit. SM

(Visited 239 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button