PolitikUncategorized

Bersatu Sarawak sokong kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri

PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)  Negeri Sarawak menyokong penuh pelantikan presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan menggantikan Tun Dr. Mahathir Mohamad. 

Menurut Pengerusi Badan Pimpinan Negeri Bersatu Sarawak, Jaziri Alkaf A. Suffian sudah sampai masanya Muhyiddin dipilih sebagai Perdana Menteri sekali gus menyelesaikan kemelut politik yang telah berlanjutan selama seminggu. 

Pelantikan beliau ini memang tepat pada masanya kerana kewibawaan dan pengalaman Tan Sri Muhyiddin dalam politik telah cukup matang dan beliau adalah orang paling sesuai menggantikan Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri.

“Dalam hal ini pelantikan Muhyiddin juga turut membawa impak besar dan berita baik untuk rakyat Sarawak kerana saya yakin beliau akan memberi tumpuan utama kepada negeri ini. 

“Oleh itu sudah sampai masanya Sarawak memainkan peranan penting dalam soal pembangunan negara bangsa selain akan turut menerima limpahan ekonomi dan sosial lebih baik di bawah kepimpinan beliau,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini. SM

(Visited 289 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More
Back to top button