Politik

PN menang, rumah generasi kedua felda, rumah transit diselesaikan

“KALAU Perikatan (Perikatan Nasional) menang, kita bantu selesaikan isu rumah generasi kedua Felda dan rumah transit. Kita akan teliti perkara tersebut,” kata Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan pemberita berhubung rumah transit yang telah siap dibina di Tanjung Buai namun masih belum diduduki sehingga ke hari ini.

Muhyiddin berkata, sebanyak RM9.9 bilion peruntukan disediakan bagi memulihkan felda-felda di seluruh negara dan projek perumahan generasi baru felda yang siap dan terbengkalai siap akan diselesaikan jika PN menang pada PRN Johor.

“Kita PN melihat aktiviti pertanian bernilai tinggi dan strategi pemasaran menyeluruh untuk rakyat Johor supaya dapat dipertingkatkan lagi pendapatan.

“Maka itulah lot tanah generasi baru felda ditetapkan RM1 sekaki persegi,” katanya.

Terdahulu, Muhyiddin merasmikan Majlis Pelancaran Ikrar Perikatan Nasional (PN) “Demi Bangsa Johor” di Johor Baharu.

Majlis pelancaran buku ikrar itu dijalankan dalam suasana patuh SOP dan usai majlis, sidang akhbar diadakan bagi menjawab soalan wakil-wakil media massa yang berkampung di Johor Bahru bagi membuat liputan sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Undi awal PRN Johor ialah 8 Mac nanti manakala 12 Mac ialah hari mengundi.

Dalam ucapan perasmian Ikrar PN, selaku Pengerusi, Muhyiddin berkata, buku ikrar tersebut mengandungi 8 tunjang, 24 strategi dan 144 pendekatan.

Beliau berkata, menerusi buku ikrar tersebut, ia merupakan komitmen realistik calon-calon PN yang bertanding pada PRN Johor ini, bersifat praktikal dan bukannya retorik.

Menurut Muhyiddin lagi, Johor berpotensi dan harus diapcu sehingga ke tahap optimum.

Oleh itu, katanya, PN meliht, kekuatan ekonomi Johor memerlukan pelan sedekad, 2022 hingga 2032 secara menyeluruh sdan holistik dan ia disediakan oleh PN.

“Maka itulah juga, pengagihan rumah mampu milik dan rumah transit kita tidak ketepikan. Kalau menang, kita akan selesaikan masalah rumah mampu milik dalam kalangan generasi kedua felda yang bukan era Perikatan Nasional,” ujar beliau.

Sekali lagi, Muhyiddin yang juga merupakan Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) menegaskan, perlu disegerakan pembukaan sempadan demi kesejahteraan rakyat.

“Tambak Johor dekat dengan negara jiran, Singapura. Kita kawal sempadan, kita perketatkan tetapi Kerajaan perlu segera buka sempadan.

“Rakyat Johor yang bekerja di Singapura dan rakyat Singapura perlu masuk ke Malaysia sudah terjejas sejak pandemik Covid-19 melanda.

“Inilah masanya kita nak tingkatkan produk pelancongan, pakej latihan, farm stay, meeting atau conferences kerana kita boleh menyediakan fasilitas bertaraf dunia,” kata Muhyiddin.

Beliau berkata, generasi kedua felda tidak dicicirkan atau dipinggirkan kerana Ikrar PN bersifat inklusif dengan adanya Dana Harmoni, Program Sejahtera dan rumah transif yang berbentuk perpaduan semua kaum. – SM

(Visited 118 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button