Politik

Jentera UMNO Selangor tidak gentar berdepan Noh Omar pada PRN

JENTERA UMNO Selangor tidak goyah untuk berdepan dengan bekas ketuanya, Tan Sri Noh Omar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kelak meskipun beliau dikenali sebagai ahli politik veteran berpengaruh di Selangor.

Ketua Pemuda  UMNO, Imran Tamrin berkata, di sebalik sumbangan Noh kepada parti, besar lagi jasa UMNO kepada beliau semasa menjadi pemimpin.

Ketua Pemuda UMNO, Imran Tamrin

“Noh memang ada sumbangannya kepada parti tetapi jangan lupa sumbangan dan pengorbanan parti kepadanya semasa menjadi pemimpin,” katanya kepada FMT di pejabatnya, baru-baru ini.

Noh kini dilihat bersama Perikatan Nasional (PN) selepas UMNO memecat beliau atas permintaannya sendiri apabila parti itu menggantung keahliannya selama enam tahun.

Noh awal bulan ini berikrar akan merampas Parlimen Tanjong UMNO daripada Barisan Nasional (BN) untuk PN.

Noh mewakili rakyat di Parlimen Tanjong sejak 1995 namun tidak dicalonkan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.

Imran berkata, pemergian Noh tidak menjejaskan jentera UMNO Selangor menghadapi PRN kelak.

“Di Tanjong Karang sendiri tak terjejas, di peringkat jentera Pemuda, Wanita, Puteri, dan bahagian,” ujar Tamrin.

Menjelang PRN akan datang, UMNO dan gabungan pimpinannya, Barisan Nasional, berganding dengan Pakatan Harapan (PH) yang berjaya mempertahankan Selangor sejak 2008, termasuk ketika Noh memimpin UMNO Selangor.

Sementara itu, Imran berkata, Pemuda UMNO Selangor banyak belajar daripada pengalaman bekerjasama dengan Pemuda PAS ketika berganding untuk menghadapi PH.

PAS kini parti utama dalam PN yang merampas semua kerusi Parlimen milik BN di Selangor pada PRU15 lalu.

“22 bulan selepas PRU14 beri pengalaman baharu dari konteks kerja dan cara politik Pemuda PAS dan gerak kerja mereka,” katanya.

Imran berkata, UMNO kini lebih matang dalam menilai rakan politik, menekankan kerjasama yang baik demi masa depan negara. – FMT – SM

BACA Jadilah UMNO parti tanpa jiwa, tanpa semangat demokrasi

BACA Noh Omar dan Khairy Jamaludin sah dipecat, bukan lagi ahli UMNO – MKT

(Visited 354 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button