Nasionalpilihan

“Saya lakukan pembaharuan politik yang radikal dalam setahun pentadbiran,” – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dikatakan telah melakukan beberapa pembaharuan politik yang radikal dalam hanya setahun pentadbirannya.

Perkara itu dikongsikan sahabatnya, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin namun bagi Perdana Menteri, ia tidak akan berlaku tanpa sokongan Ahli Jemaah Menteri serta semua Ahli Parlimen.

“Sesebuah Kerajaan hanya akan menjadi kuat dan berkesan jika ia mendapat dokongan daripada semua
pihak.

“Alhamdulillah, Kerajaan Keluarga Malaysia tidak pernah bersengketa atau memandang ringan pengorbanan para penjawat awam,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perasmian Simposium Keluarga Malaysia: Pencapaian dan Harapan yang diadakan di Pusat Konvesyen Putrajaya (PICC).

Seperti yang ketahui, negara kerap kali dilanda musibah bencana alam seperti banjir besar yang tidak dijangka. Begitu juga dengan ancaman keselamatan termasuk di perbatasan negara.

“Di saat negara sedang mengalami kesusahan pasukan keselamatan seperti Polis Diraja Malaysia, Angkatan
Tentera Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia,
Jabatan Kesihatan, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Agensi Pengurusan Bencana Negara dan pelbagai agensi
kerajaan lain bertugas tanpa lengah dan penuh dedikasi.

“Sehubungan itu, Kerajaan Keluarga Malaysia sentiasa menghargai pengorbanan para penjawat awam di bawah
pimpinan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Datuk Seri Mohd Zuki Ali,” katanya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut memberikan bayangan yang menarik kepada penjawat awam.

“Insya-Allah, kita akan mengumumkan sesuatu yang menceriakan bagi mengubat duka-lara para penjawat
awam pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam yang dijadualkan pada 30 Ogos nanti.

“Begitu juga dengan para aktivis masyarakat yang cekal berkhidmat kepada negara khususnya melalui pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan, Kerajaan Keluarga Malaysia sentiasa mengingati sumbangan mereka,” katanya.

(Visited 146 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button