NasionalpilihanTeknologi

MEASAT-3d berjaya dilancarkan pada 5.50 pagi tadi

SATELIT terbaharu MEASAT-3d berjaya dilancarkan di Kourou, French Guiana Amerika Selatan pada jam 6.50 petang waktu tempatan (5.50 pagi tadi waktu Malaysia) yang bakal membuka ruang kepada usaha menambah baik sistem sedia ada.

Satelit telekomunikasi milik MEASAT itu dilancarkan menerusi roket pelancar Ariane-5 di pusat Angkasa Lepas Guiana yang terletak kira-kira 17,000 kilometer dari Malaysia.

Pelancaran itu disaksikan secara langsung Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr. Adham Baba serta beberapa Menteri cabinet lain di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

Turut hadir Pengerusi Astro Malaysia Holdings Bhd Tunku Ali Redhaudin Tuanku Mukhriz dan Pengarah Measat Global Shahrul Rezza Hassan.

Setelit yang dilancarkan itu dianggarkan melibatkan kos RM1.2 bilion dengan jangka hayat 18 tahun sekali gus akan mampu meningkatkan faktor kebolehpercayaan kepenggunaan internet, jumlah pengguna serta kestabilan rangkaian di kawasan luar bandar, selaras dengan inisiatif kerajaan melalui pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).

Satelit terbaharu MEASAT-3d berukuran 31meter (m) x 9m x5m seberat 5,600kilogram itu dibina oleh syarikat aeroangkasa, Airbus yang diberikan suatu tempoh masa beberapa minggu untuk disiapkan sebelum diserahkan kepada pihak pihak pengurusan MEASAT.

Ia bakal meningkatkan perkhidmatan perhubungan kepada Malaysia dan negara-negara serantau serta beberapa perkhidmatan baharu melalui satelit berkenaan dijangka dapat ditawarkan seawall Ogos 2022.

Satelit itu merupakan jenis Geostatinary Equatorial Orbit atau GEO mempunyai tapak liputan yang luas dan berkemampuan untuk menyediakan perkhidmatan jalur lebar yang pantas dan menyokong aliran tinggi data dikenali sebagai High Throughput Satellite (HTS).

HTS adalah antara perkhidmatan penting dalam penyediaan perkhidmatan jalur lebar tinggi terutamanya di Kawasan pendalaman.

Artikel berkaitan > Measat rapatkan jurang di kawasan luar bandar dengan satelit baharu RM1.2bil

(Visited 231 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button