NasionalRibut

6 negeri terima amaran cuaca buruk

HATI-HATI dan sentiasa ikuti laporan perkongsian daripada Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) tentang keadaan cuaca supaya tidak terperangkap dalam hujan lebat atau banjir kilat.

Maka itulah MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa kawasan melibatkan enam negeri hari ini.

MetMalaysia dalam pemakluman di Facebook berkata, cuaca buruk di Kedah, Pulau Pinang, Terengganu, Pahang, Johor dan Sarawak.

Di Kedah, antara kawasan dijangka terjejas adalah Pulau Langkawi, Yan dan Kuala Muda.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di Terengganu melibatkan Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.

“Sementara Pahang, cuaca buruk dijangka melanda daerah Jerantut, Temerloh, Maran dan Kuantan.

“Johor melibatkan Muar, Batu Pahat dan Pontian, selain Sarawak pula melibatkan Kuching (Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit) dan Kapit (Song),” menurut agensi itu.

Amaran berkenaan dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. – SM

(Visited 277 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button