Politik

Kerjasama PN: ‘Alhamdulillah, Presiden membuat penjelasan sangat jelas’

KENYATAAN rasmi Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi agar kerjasama semua parti di dalam Perikatan Nasional (PN) diperkasakan dianggap sebagai penjelasan yang sangat jelas.

Menurut Ahli Parlimen UMNO Tan Sri Annuar Musa, kenyataan rasmi Ahmad Zahid itu penting. Ini berikutan terdapat pihak yang keliru dengan kerjasama UMNO dan Bersatu dalam PN.

“Ia penting kerana ramai yang kekeliruan. Sehingga ada pihak yang cuba di jadikan mangsa perang persepsi semata-mata kerana mereka menjalankan tugas menjayakan kerajaan PN.

“Mereka ingin melihat anggota dalam kerajaan bertelagah satu sama lain. Alhamdulillah Presiden membuat penjelasan yang sangat jelas,” kata Ahli Parlimen Ketereh itu.

Dengan kenyataan Ahmad Zahid itu, iklim politik yang tidak menentu antara UMNO dan Bersatu serta Pas dalam Kerajaan Perikatan menjadi reda di tengah-tengah usaha pembangkang melalui Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu mengambil alih kerajaan.

Hubungan antara UMNO dan Bersatu kelihatan agak tegang ketika Pilihan Raya Negeri Sabah berlangsung baru-baru ini.

Terkini, Mesyuarat Biro Politik UMNO yang dipengerusikan oleh Ahmad Zahid minggu lalu telah memutuskan meletakkan syarat baharu untuk meneruskan kerjasama politik dengan kerajaan PN yang dipimpin oleh Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin.

UMNO juga mengumumkan parti itu sedang membuat pertimbangan untuk menarik diri daripada menyokong PN.

Bagaimanapun suasana tegang itu menjadi kendur minggu ini apabila pihak-pihak dalam Perikatan Nasional dilihat cuba mencari kata sepakat.

Dalam kenyataannya, Ahmad Zahid berkata, pemerkasaan kerjasama parti politik dalam Perikatan Nasional penting bagi menjamin kestabilan politik dalam negara di saat Malayia berhadapan dengan ancaman Covid-19 dan ketidaktentuan ekonomi.

Ahmad Zahid turut mengarahkan semua kepimpinan parti yang berada di dalam Kabinet memberi untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada usaha untuk membantu rakyat.

Tegasnya, Menteri UMNO yang berada dalam jemaah menteri juga perlu meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat akibat dampak ekonomi dan pandemik Covid-19.

Serentak itu beliau mencadangkan agar gencatan politik dilakukan oleh semua pihak.-SM

(Visited 117 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button