Nasional

Guna kaedah operasi, taktikal dan strategik, statistik jenayah di Dang Wangi menurun

Dengan menggunakan kaedah operasi, taktikal dan strategik, statistik jenayah di Dang Wangi pada 2022 menunjukkan penurunan berbanding 2021.

Ujar Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya, berbanding tahun 2021, tahun 2022 menyaksikan penurunan sebanyak 282 kes.

“Pada tahun 2021, rekod mendapati sebanyak 1,410 kes telah dilaporkan namun memasuki tahun 2022, bilangannya berkurang kepada 1,128 kes.

“Bagi keseluruhan laporan, kes curi di bawah jenayah harta benda mengungguli statistik dengan rekod 500 kes bagi tahun 2022 namun berbanding 2021, ia berkurang sebanyak 144 kes,” katanya.

Dalam masa sama, Noor Dellhan turut mendedahkan samun tanpa senjata api di bawah jenayah kekerasan menunjukkan penurunan sebanyak 49 kes pada 2022 berbanding 2021.

Noor Dellhan berkata demikian dalam sesi taklimat pada Hari Bersama Media Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini hari ini.

(Visited 137 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button