Ekonomi

NEM 3.0 beri sinar baharu kepada industri tenaga solar negara

KEPUTUSAN kerajaan untuk meneruskan inisiatif pemasangan solar PV di bumbung premis bangunan dan kediaman melalui Program Pemeteran Tenaga Bersih (Net Energy Metering – NEM) 3.0 dari tahun 2021 hingga 2023 memberi sinar baru kepada industri solar negara.

Pengarah Urusan Kumpulan Gading Kencana, syarikat tenaga boleh diperbaharui, Datuk Ir. Dr. Guntor Tobeng berkata, kerajaan memahami hasrat rakyat dan perniagaan untuk menyokong peluang perniagaan baharu  terutama selepas ekonomi terencat akibat pandemik Covid-19.

Katanya, NEM 3.0 yang menawarkan kuota tenaga solar sebanyak 500 megawatt (MW) memberi gambaran saiz ekonomi indusri solar dalam tempoh tiga tahun tahun akan datang.

“Maknanya 500MW ditawarkan membuka peluang perniagaan sebanyak RM2.5 bilion dan dalam itu telah dibahagi secara jelas 100MW untuk pasaran domestik, 100MW untuk sektor bangunan kerajaan dan 300MW untuk sektor komersial dan industri,” kata Guntor kepada Suara Merdeka.

Pengumuman NEM 3.0 dibuat oleh Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas Guntor, syarat-syarat yang ditetapkan dalam NEM 3.0 turut membuka peluang yang lebih luas kepada pemain industri dan membolehkan lebih ramai terlibat serta memperoleh manfaat.

“Dulu skim yang disediakan tanpa had hanya orang yang bernasib baik dan pantas merebut kuota itu sahaja yang dapat.

“Tapi kali ini bila dikenakan had sebanyak 5MW, 1MW, memberi peluang lebih besar kepada lebih ramai pemain industri untuk mendapat peluang menjual dan memasang sistem solar ini,” kata Guntor.

Pemilik dua ladang solar termasuk ladang solar berskala besar di Bidor, Perak itu berkata, pengumuman yang dilakukan kerajaan beberapa hari sebelum tahun baharu 2021 tiba, membolehkan pihak industri menyediakan bajet bagi pelan perniagaan untuk tahun hadapan.

Guntor berkata, Gading Kencana sendiri akan menyediakan peruntukan berjumlah RM30 juta bagi merebut peluang pemasangan panel solar yang disediakan dalam NEM 3.0 terutama bahagian sektor domestik.

“Sektor domestik masih lagi baru dan peluang untuk pemasangan di rumah-rumah masih banyak dan kita difahamkan terdapat lebih kurang 150,000 pemasangan yang membayar bil elektrik lebih RM1,000.

“Jadi ini merupakan kumpulan sasaran yang kita hendak teroka dan insya-Allah kita akan menyediakan pelaburan yang secukupnya lebih kurang RM30 juta untuk kita perkemaskan sektor domestik,” kata Guntor.

Menurutnya, setiap pemasangan sistem di rumah akan dilakukan oleh kontraktor. Serentak itu Gading Kencana akan menyediakan skim latihan kepada kontraktor untuk memasang sistem solar di rumah yang menempah panel solar dari syarikat tersebut.

Pelanggan yang berminat untuk mengetahui pakej panel solar yang ditawarkan oleh Gading Kencana boleh layari laman sesawang http://gadingkencana.com.my/ .

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai kuota dan kos pemasangan panel solar yang berkualiti di bawah Program Skim Pemeteran Tenaga Bersih (NEM) 3.0 boleh hubungi pegawai pemasaran Gading Kencana, Bell di 012-2611740. -SM

P/s : Suara Merdeka adalah sebuah portal yang bergerak atas inisiatif wartawan yang kehilangan pekerjaan. Sekiranya pihak pembaca berkesudian untuk membantu perjuangan kami, sila klik button di bawah

(Visited 708 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button