NasionalNegeri

Pendidikan Islam teras bangunkan generasi muda – Raja Muda

Tuanku Syed Faizuddin Putra yang diiringi anakanda, Syed Sirajuddin Areeb Putra berkenan mengurniakan sumbangan zakat MAIPs kepada salah seorang asnaf di Masjid Al-Husna Batu Bertangkup, Chuping baru-baru ini.

PENDIDIKAN Islam adalah teras utama kepada pembangunan dan pembinaan generasi muda umat Islam.

Apabila berbicara tentang pendidikan Islam, ia tidak lari daripada empat elemen utama iaitu; guru, murid, kurikulum dan budaya persekitaran sekeliling yang menyokong.

Jika baik acuan dan pembentukannya, maka sejahteralah masa hadapan umat ini.

Bagi guru dan murid, hak serta kebajikan mereka hendaklah sentiasa menjadi keutamaan dalam usaha mewujudkan guru yang unggul serta melahirkan murid yang berkualiti.

Tuanku Syed Faizuddin Putra yang diiringi anakanda, Syed Sirajuddin Areeb Putra berkenan mengurniakan sumbangan zakat MAIPs kepada salah seorang asnaf di Masjid Al-Husna Batu Bertangkup, Chuping baru-baru ini.

Demikian titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Agihan Zakat di Masjid Al-Husna Batu Bertangkup, Chuping baru-baru ini.

Berangkat sama ialah anakanda Baginda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Majlis agihan anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) ini bertujuan untuk menyantuni dan menghulurkan bantuan kepada para asnaf.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bertitah sempena majlis agihan zakat MAIPs kepada asnaf di Masjid Al-Husna Batu Bertangkup, Chuping baru-baru ini.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menyampaikan sumbangan wang tunai dari MAIPs sebanyak RM700 kepada 70 anak kariah Kampung Batu Bertangkup dan 70 lagi anak kariah Panggas dengan jumlah penuh RM98,000.

Sebelum itu, para asnaf yang terpilih telah terlibat dengan pemeriksaan kesihatan secara percuma dan ceramah dari pihak MAIPs yang bertemakan Ceramah Bangun Jiwa Asnaf. – SM

(Visited 25 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button