JenayahNasional

Sanusi ditahan jam 3 pagi kerana enggan ke balai – Saifuddin

MENTERI Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan polis terpaksa menahan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor di sebuah hotel di ibu negara pada jam 3 pagi berikutan keengganan beliau hadir bagi membantu siasatan di balai polis.

Saifuddin berkata, tindakan itu dilakukan selepas Muhammad Sanusi tidak mahu memberi kerjasama ketika polis cuba menghubunginya.

“Sanusi kata saya tak buat kerja. Saya buat kerja, soal Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran, polis semua kita jaga elok. Tapi bila polis buat kerja, Sanusi marah pula.

“Dia kata berhubung dengan polis dari jam 10 malam hingga 2 pagi. Apa perhubungan itu? Polis kata boleh tak mai (datang) balai polis? Sanusi pula kata kalau hangpa nak tangkap, saya tak mahu pergi,” katanya.

Saifuddin berkata demikian ketika berucap pada Jelajah Madani Dewan Undangan Negeri (DUN) Suka Menanti, di Padang Awam Taman Wira Mergong, malam tadi seperti dilaporkan FMT hari ini.

Beliau menegaskan, Muhammad Sanusi tidak sepatutnya bertindak sedemikian rupa sebaliknya perlu memberi kerjasama kepada pihak berkuasa.

“Polis bukan panggil saja-saja. Di Malaysia ada 30 juta rakyat, pasal apa polis cari Sanusi sahaja? Mesti ada sebab. Sebabnya Dewan Diraja Selangor buat laporan.

“Dewan Diraja Selangor bukan calang-calang orang, ada bekas hakim Datuk Seri Mohd Zawawi Salleh; bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang.

“Mereka ini orang terpilih yang Sultan Selangor lantik menduduki Dewan Diraja. Mereka ini buat laporan perkara yang berunsur penghinaan kepada institusi raja,” katanya. – SM

BACA Apa nasib Sanusi?

(Visited 102 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button