NasionalNegeriRibut

Raja Perlis lawat mangsa ribut

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan berangkat melawat mangsa kejadian ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang melanda Perlis semalam.

Baginda berangkat menyaksikan kediaman mangsa ribut di sekitar Zon Utara Perlis yang banyak terjejas dalam kejadian yang berlaku antara pukul 10.00 pagi sehingga 11.30 pagi semalam.

Mengiringi Baginda, Ketua Pegawai Ekskutif (CEO) Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs),Mohd Nazim Mohd Noor dan Pegawai Penyelaras Zakat, Mohd Radzi Ahmad Rahim.

Dalam pada itu, Baginda turut menitahkan agar kediaman mangsa yang terlibat agar segera diperbaiki apatah lagi dalam keadaan cuaca yang tidak menentu diselangi kejadian hujan lebat sekejap-sekejap.

Sementara itu, salah seorang mangsa yang diziarahi Baginda, Rohaya Ismail, tidak menyangka akan menerima kunjungan Tuanku Raja Perlis.

“Saya amat terharu dengan keberangkatan Tuanku Raja Perlis yang begitu prihatin dengan nasib yang kami alami dan sentiasa mendoakan Tuanku dan seluruh kerabat DiRaja sentiasa diberkati dan dilindungi oleh Allah,” ujar beliau.

Tuanku Syed Sirajuddin meluangkan masa sejam melawat kawasan-kawasan yang terjejas dengan kejadian ribut berkenaan. – SM

(Visited 172 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button