Nasional

Kerajaan Perpaduan untuk semua kaum – PM Anwar

Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan Perpaduan bukan hanya menjaga kebajikan satu kaum sebaliknya membantu menyelesaikan masalah rakyat tanpa mengira latar belakang mereka.

Beliau menegaskan, kerajaan pimpinannya masa ini berkonsep tanpa mengira kaum dan memberikan keadilan kepada semua rakyat tanpa membelakangkan Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kedudukan Islam dan Melayu.

“Sebab itu saya tidak setuju langkah (kerajaan) Madani tertumpu kepada kaum tertentu sahaja, apabila saya sebut sekolah daif saya tak peduli sekolah mana.. semua sekolah perlu dibantu.

“Ini pendekatan baharu dan apa sahaja masalah wajib selesaikan, ini baru madani…ambil kira semua,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian hari ini pada Majlis Pelancaran Program Lestari Niaga di Medan Selera Madani Kompleks Tun Sambanthan.

Bagaimanapun, beliau berkata, perkara itu tidak mudah dilaksanakan kerana mereka berdepan cabaran isu polemik dibangkitkan berasaskan kaum.

“Apabila datang ke Little India… Datuk Bandar Kuala Lumpur umum program untuk kaum India, maka orang Melayu cakap saya jaga orang India saja (dan) tidak bantu orang Melayu.

“Apabila cakap soal Melayu termasuk mata pelajaran hadis (Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi), orang bukan Islam kata saya Islamik mahu mempengaruhi Islam. Apa yang dibuat semua tak kena,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar berkata, pendekatan Islamik kepada orang Melayu bagi memastikan ajaran Islam difahami dan diamalkan.

Beliau merujuk langkah Kementerian Pendidikan memperkenalkan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi di 61 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan 228 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) seluruh negara. – SUMBER FMT – SM

BACA Imam sifatkan elaun khas tanda prihatin Kerajaan Perpaduan

BACA Golongan belia disaran rebut peluang disediakan Kerajaan Perpaduan

(Visited 38 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button