Nasional

Tiadak kenaikan OPR, Bank Negara kekalkan pada 3%

Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) membuat keputusan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus.
Perkara itu dimaklumkan dalam satu kenyataan media BNM pada Khamis.
“Pada mesyuarat hari ini, MPC BNM membuat keputusan untuk mengekalkan OPR pada 3.00 peratus.
“Pada tahap OPR semasa, pendirian dasar monetari terus menyokong ekonomi dan konsisten dengan penilaian semasa berhubung dengan prospek pertumbuhan dan inflasi.
“MPC kekal berwaspada terhadap perkembangan semasa bagi memaklumkan penilaian prospek inflasi dan pertumbuhan dalam negeri. MPC akan memastikan pendirian dasar monetari kekal kondusif untuk pertumbuhan ekonomi yang mampan dalam keadaan harga yang stabil,” jelas Bank Negara
Mesyuarat MPC juga meluluskan jadual mesyuarat MPC bagi tahun 2024 selaras dengan Akta Bank Negara Malaysia 2009.
Menurut Bank Negara, pernyataan Dasar Monetari akan diumumkan pada jam 3 petang hari terakhir setiap mesyuarat MPC.
Bank Negara dalam pada itu turut berkata, Sektor Elektrik dan Elektronik (E&E) mula menunjukkan beberapa tanda pemulihan namun perdagangan global terus lemah.
“Ekonomi global terus berkembang, didorong oleh permintaan dalam negeri berikutan sokongan keadaan pasaran pekerja yang teguh.
“Sektor E&E mula menunjukkan beberapa tanda pemulihan namun perdagangan global terus lemah, sebahagiannya disebabkan oleh peralihan perbelanjaan daripada barangan kepada perkhidmatan dan sekatan perdagangan yang berterusan,” jelas BNM.
Pertumbuhan global terus terjejas disebabkan oleh inflasi yang masih tinggi dan kadar faedah yang lebih tinggi dengan beberapa ekonomi utama mengalami momentum pertumbuhan semakin perlahan.
Pertumbuhan China juga jelas BNM menunjukkan beberapa tanda awal semakin baik meskipun pasaran harta tanah China terus lemah.

.

(Visited 71 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button