Nasional

Banjir: 4,893 hektar kawasan pertanian terjejas, kerugian lebih RM22 juta

TIMBALAN Perdana Menteri memberitahu sebanyak 4,893.73 hektar kawasan pertanian terjejas akibat bencana banjir.

Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia melibatkan 2,269 petani, serta kerugian kira-kira RM22,823,601.

Katanya, atara kawasan pertanian yang teruk terjejas akibat banjir adalah di Kelantan.
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat memberitahu 51 kemudahan  kesihatan turut terjejas akibat banjir iaitu 23 di Kelantan, 17 di Pahang dan 11 di Terengganu.
“Sejak Monsun Timur Laut (MTL) bermula awal November lepas, seramai 62,467 mangsa dan 19,204 rumah terjejas di beberapa negeri.

“Bantuan kepada mangsa banjir untuk MTL kali ini sedang diagihkan secara berperingkat oleh pejabat-pejabat daerah di kawasan yang terjejas,” kata pada  sidang media selepas mempengerusikan Taklimat dan Penyelarasan Situasi Bencana Terkini di Putrajaya hari ini.
(Visited 31 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button