EkonomiPendidikan

L’Oreal Malaysia jalinkan usahasama bersama Kementerian Pendidikan dalam bidang TVET

Pertama kali di Malaysia syarikat rangkaian kosmetik L’Oreal menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) bersama pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam bidang pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (BPLT).

Memorandum persefahaman itu akan berlaku selama lima tahun, selain itu memperkenalkan pelbagai inisiatif untuk 17 kolej vokasional tempatan yang menawarkan pengkhususan dalam bidang kosmetologi.

Kerjasama antara L’Oreal dan TVET memenuhi pasaran kerja, meningkatkan kemahiran, menimba ilmu dengan cara mudah serta menyediakan peluang latihan industri.

Menurut timbalan Pengarah Kanan, Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia Zulkernai Fauzi, kerjasama ini bagi melengkapkan para guru dan graduan dengan kemahiran terkini yang seiring dengan teknologi baru.

timbalan Pengarah Kanan, Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia Zulkernai Fauzi

“Dengan Kerjasama Awam Swasta (PPP) yang dinamik antara Kementerian Pendidikan dan L’Oréal Malaysia, kami akan melaksanakan langkah-langkah bagi melengkapkan para guru dan graduan dengan kemahiran terkini serta menguasai kemajuan teknologi terbaru untuk menangani ketidakpadanan kemahiran dan meningkatkan kebolehpasaran graduan.

“Kami percaya bahawa kerjasama jangka panjang ini akan memberikan manfaat besar kepada pelajar dan guru kosmetologi kami, terutamanya dalam memastikan bahawa mereka mempunyai kemahiran dan kepakaran yang memenuhi keperluan industri kecantikan.

“Kami turut memuji L’Oréal Malaysia kerana sokongan mereka. Ini adalah kerjasama menang-menang untuk negara apabila sektor awam dan swasta saling berganding bahu. Kami juga berharap di masa depan, kerjasama ini turut merangkumi peluang untuk pelajar dalam bidang perniagaan kami mendapatkan ilmu pengetahuan dan latihan perniagaan yang tidak ternilai daripada industri kecantikan.” Katanya semasa sesi pelancaran L’Oreal di Hotel Kuala Lumpur, Bukit Bintang.

Bagi Pengarah Urusan L’Oreal Malaysia, Tomas Hruska, selain mengembangkan perniagaan, peluang jalinan kerjasama dalam TVET ini dapat melahirkan bakat baru dalam bidang kecantikan serta memberikan sumbangan dari segi sosial dan alam sekitar.

Pengarah Urusan L’Oreal Malaysia, Tomas Hruska

“Di L’Oréal, matlamat kami ialah untuk Mencipta Kecantikan yang Menggerakkan Dunia. Kami percaya bahawa kejayaan sesebuah syarikat bukan hanya diukur pada prestasi ekonomi sahaja, ini kerana sumbangan dari segi sosial dan alam sekitar juga adalah penting.

“Di Malaysia, kami komited untuk mengembangkan perniagaan kami dengan cara yang bertanggungjawab, mampan dan inklusif. Kerjasama kami selama lima tahun dengan Kementerian Pendidikan Malaysia menjadi bukti komitmen kami dalam membantu komuniti dan memperkasakan industri dengan bakat-bakat yang berkemahiran.” Jelasnya.

L’Oréal Malaysia diasaskan di Kuala Lumpur pada tahun 1995 dan menawarkan produk berteknologi tinggi paling maju dalam setiap kategori kecantikan.

Kini menawarkan pelbagai produk penjagaan diri menerusi 12 jenama ikonik: L’OréL Paris, L’Oréal Professionnel, Garnier, Maybelline New York, Lancôme, Yves Saint Laurent Beauty, Armani Beauty, Kiehl’s, shu uemura, IT Cosmetics, Kérastase dan La Roche-Posay.

Semua murid dapat peluang pendidikan, TVET – KPM

UPSI, GONG STUDIO, jalin kerjasama mantapkan TVET

(Visited 105 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button