Nasional

Port geng plastik hitam takkan selamat di bawah pemantauan JAIS

Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan menjalankan pemantauan dan tindakan penguatkuasaan secara menyeluruh sepanjang Ramadan ini.

Pengarahnya Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, pelaksanaan oleh Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan itu merangkumi premis makanan yang menjual makanan kepada umat Islam secara terbuka pada waktu siang.

Menurutnya Jais komited menjalankan pemantauan berterusan itu bagi memastikan kesucian Ramadan terpelihara.

“Kita akan pantau penjualan makanan kepada mereka yang tidak berpuasa terutama di kawasan terbuka.

“Individu itu boleh didakwa mengikut Seksyen 19 Enakmen 9 Tahun 1995 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 kerana tidak menghormati Ramadan. Jika sabit kesalahan, ia memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan, atau kedua-duanya sekali,” katanya.

(Visited 150 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button