Nasional

Kerajaan tidak berdiam diri isu harga barang naik – PM

KERAJAAN tidak berdiam diri isu peningkatan harga barangan walaupun ada kalanya ia di luar kawalan kerajaan disebabkan permintaan tinggi berbanding penawaran yang rendah di pasaran, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, kerajaan tahu harga barang sedang meningkat dan sesuatu sedang dilakukan antaranya diadakan jualan murah iaitu Program Jualan Keluarga Malaysia yang dilaksanakan di seluruh negara, di dua kawasan di setiap Parlimen dan harga murah sehingga 50 peratus diskaun.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Bera, hari ini.

Ismail Sabri berkata, kerajaan juga telah memperuntukkan sejumlah RM100 juta kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) selain RM62 juta subsidi baja sebagai inisiatif untuk mengatasi masalah kenaikan harga.

Katanya, dalam Mesyuarat Kos Sara Hidup yang dipengerusikannya, pihaknya juga telah bersetuju supaya peniaga tidak menaikkan harga minyak masak sawit dan diberikan peruntukan subsidi tambahan sebanyak RM150 juta. – SUMBER BERNAMA – SM

(Visited 254 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button