Luar Negara

Hijab kini pakaian rasmi polis Scotland

PEMAKAIAN tudung kepala bagi wanita muslim atau hijab kini menjadi sebahagian daripada pakaian seragam rasmi polis Scotland selepas lebih 15 diperkenalkan secara tidak rasmi dalam perkhidmatan keselamatan itu.

Keputusan tersebut dibuat dengan matlamat untuk menjadikan keanggotaan polis di Scotland terdiri daripada pelbagai latar belakang agama dan kaum.

Portal berita Independent melaporkan, pihak berkuasa berharap langkah tersebut akan menggalakkan penyertaan lebih ramai wanita daripada komuniti Islam yang sebelum ini tidak langsung melihat tugas polis sebagai satu bentuk kerjaya.

Sebelum ini, polis wanita Islam hanya dibenarkan memakai hijab jika dibenarkan oleh pegawai atasan.

Polis Metropolitan telah memperkenalkan pemakaian hijab sebagai satu bentuk pilihan sejak tahun 2001 lagi dengan tujuan yang sama iaitu bagi menarik minat penyertaan wanita Islam ke dalam perkhidmatan keselamatan itu.-SM

 

 

(Visited 491 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button