Luar Negara

Covid-19: Jepun lanjut perintah darurat

KERAJAAN Jepun hari ini melanjutkan perintah darurat sehingga 31 Mei bagi memerangi wabak pandemik Koronavirus (Covid-19).

Perdana Menterinya, Shinzo Abe memaklumkan, kerajaan akan meluaskan lagi kawasan perintah darurat ke seluruh negara berbanding enam wilayah sebelum ini.

[BACA] Tujuh negeri tidak akan guna PKP bersyarat, mengekalkan status quo — Suara Merdeka

Katanya, perintah tersebut sepatutnya tamat pada Rabu ini tetapi dilanjutkan selepas mengambil kira pandangan pakar berkaitan.

Sementara itu, Menteri Ekonomi Jepun, Yasutoshi Nishimura memberi amaran perang melawan Covid-19 masih jauh.

Beliau yang hadir dalam mesyuarat dengan Shinzo Abe meminta semua pihak mencadangkan langkah tepat bagi menangani pandemik berkenaan.

“Betul, pembendungan pandemik ini akan mengambil masa yang lama, saya mahu kamu cadangkan langkah normal baharu bagi membolehkan rakyat mengambil langkah pencegahan.

[BACA] PKP belum tamat, esok belum ‘raya’ — Suara Merdeka

“Dalam masa sama, kena memastikan aktiviti sosial dan ekonomi negara bergerak,” katanya lapor portal Channel News Asia.

Bagaimanapun, kes yang dihadapi Jepun dalam melaksanakan perintah daruat tidak seteruk negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat (AS).

Namun, kerajaan tempatan menggesa rakyat untuk kekal berada dalam rumah dan menutup semua operasi perniagaan.

Walau bagaiamanapun, kerajaan tidak boleh memaksa rakyat untuk akur kerana tiada hukuman bagi mereka yang ingkar.

[BACA] Kit Siang tak sabar tunggu sidang Parlimen — Suara Merdeka

Tetapi muzium, perpustakaan dan sebahagian kemudahan lain dibenarkan di buka dengan syarat mematuhi langkah pencegahan Covid-19. – Agensi

(Visited 135 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button