Travel

5 tempat Staycation alam semula jadi di Selangor

SETELAH beberapa bulan terperuk di rumah, akhirnya kerajaan membenarkan rakyat yang telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 bercuti.

Baru-baru ini aktiviti Staycation atau cuti inap semakin popular dalam kalangan pelancong domestik terutamanya pada hujung minggu.

Senarai lima tempat staycation yang aman dan tenang di Selangor.

Sri Damai Resort, Kalumpang

Sri Damai Resort meyediakan penginapan mesra alam dan pengunjung dapat merasai suasana kampung kerana di resort ini mempunyai dusun buah-buahan, ladang rusa dan kambing.

Resort tersebut juga mempunyai kolam renang kanak-kanak di mana sumbe air datang dari sungai.

Selain itu, resort tersebut menyediakan kolam memancing dan menyediakan pelbagai aktiviti riadah yang menyeronokkan seperti basikal air dan menunggang ATV.

Carpe Diem, Serendah

Carpe Diem merupakan perkataan Latin yang bermaksud memberi yang terbaik terletak di Bandar Serendah.

Carpe Diem memberikan suasana kedesaan kerana dikelilingi oleh kehijauan yang merimbun yang memberi suasana damai dan santai.

Taman Eko Rimba Komanwel Resort, Rawang

Taman Eko Rimba Komanwel Resort terletak di dalam Hutan Simpan Bukit Lagong berhampiran jalan menuju Bandar Rawang.

Pengunjung dapat menikmati udara segar dan damai kerana lokasi ini dikelilingi oleh kehijauan.

Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan antaranya ialah berkayak, merentas hutan dan berbasikal.

Bonda Valley (Rumah Hutan Bonda), Batang Kali

Bonda Valley antara daya tarikan yang terdapat di Daerah Hulu Selangor yang menampilkan konsep rumah tradisional Melayu.

Tempat ini merupakan lokasi yang indah untuk bersantai bersama keluarga atau rakan kerana dikelilingi oleh hutan yang merimbun dan keindahan alam semula jadi.

PulaiThree, Kuala Kubu Bharu

PulaiThree berada di antara hutan hujan dan lereng bukit milik persendirian yang terletak di Bandar Kuala Kubu Bharu.

Villa ini menampilkan konsep terbuka yang menghadap pmandangan yang memukau seperti gunung yang menghijau.

PulaiThree dilengkapi dengan dua bilik tidur, kolam renang dan dapur.

Penginapan yang dipaparkan ini sesuai untuk orang yang ingin menikmati keindahan alam semula jadi dan merasai suasana aman. -SM

(Visited 420 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button