Nasional

30 pelajar Malaysia dari Sepanyol, UK dan Indonesia pulang ke pangkuan keluarga

COVID-19: Selepas tamat jalani kuarantin 14 hari

BERITA gembira bagi kaum keluarga 30 orang pelajar Malaysia dari Sepanyol, United Kingdom dan Indonesia yang tiba di tanah air dan telah menjalani kuarantin sejak 4 April lalu.

BERNAMA hari ini melaporkan, proses kuarantin bagi 30 pelajar Malaysia yang tiba di tanah air dari Sepanyol, United Kingdom dan Indonesia pada 2 April lepas telah tamat dan mereka dibenarkan pulang ke rumah masing-masing hari ini.

Kesemua mereka yang dikuarantin selama 14 hari di Pusat Pemantauan di Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT), Bandar Enstek, dibenarkan pulang sejak pukul 9 pagi tadi.

Difahamkan, daripada jumlah 30 orang pelajar yang berkenaan, 15 adalah dari Indonesia, 14 dari Sepanyol dan seorang dari United Kingdom yang kesemuanya membabitkan 11 pelajar lelaki dan 19 lagi, pelajar wanita.

Menurut wakil Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), kesemua 29 individu pulang dengan diambil oleh ahli keluarga yang membawa surat kebenaran ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ke tiga.

Manakala seorang pelajar telah dihantar ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang untuk menaiki pesawat pulang ke Kedah.

Terdahulu, kesemua mereka yang pulang atas tanggungan sendiri, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada pukul 3.30 petang pada 2 April lalu, susulan penularan wabak COVID-19 di negara-negara yang terbabit. – SM

(Visited 234 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button