Hiburan

Apa kata “kos lagu dan MV” guna buat bantu golongan memerlukan – Budak Ijat

PENGARAH dan penerbit Radius One Production merayu kepada Datuk Seri Vida supaya tidak menggunakan agama untuk mempromosikan single terbaru keluaran beliau yang bertajuk Ku Ikhlaskan.

Shahrulezad Mohameddin atau lebih dikenali sebagai Budak Ijat menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan oleh jutawan kosmetik itu kepada Harian Metro adalah keterlaluan kerana mengguna cara melacurkan agama untuk tujuan peribadi.

“Please jangan tunggang agama kita Datuk tolonglah. Saya rayu ni. Duit 400K buat MV tu lagi bagus Datuk sedekahkan kat tahfiz anak yatim dari buat MV mahal-mahal macam tu.

“Lepas tu Datuk pancing kami semua support Datuk dengan gula-gulakan kami with this cheap marketing strategi” tulisnya menerusi perkongsian di Instagram.

Tulis pengarah dan penerbit, Shahrulezad melalui perkongsian di instagram

Jelasnya, dia terpaksa memberi teguran kerana perkara ini dianggap memperlekehkan agama sedangkan kos untuk menghasilkan lagu dan muzik video (MV) tersebut boleh digunakan bagi dana Pusat Tahfiz atau menyumbang kepada golongan yang memerlukan.

Tambah Budak Ijat, tujuan Vida untuk mempromosikan single terbaru beliau tidak menjadi masalah tetapi bila melibatkan agama jangan keterlaluan sehingga terpaksa lacurkan agama.

Justeru beliau juga sempat memohon maaf sekiranya kata-kata beliau mengguris hati jutawan kosmetik itu melalui pesanan atau nasihat yang ditulis di akaun Instagram miliknya. — SM

(Visited 596 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button