Hiburan

Judika bersedia konsert 21 Oktober ini

Sudah pasti para peminat menantikan konsert dari penyanyi Indonesia iaitu, Judika yang akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada tarikh 21 Oktober 2023, bermula jam 8:00 malam yang dibawakan khas oleh jenama kosmetik eksklusif dan terunggul, Alha Alfa.

Menurut pengurus artis berkenaan yang dikenali sebagai Dad, kesemua latihan berjalan dengan lancar.

Persiapan menjelang konsert

“Persiapan Judika menjelang hari konsert hampir 100% kesemuanya termasuk latihan persembahan bersama para pemuzik profesional dan band iringan, perancang grafik, susunan muzik, dan lain-lain persiapan.

“Judika tidak sabar untuk memberikan yang terbaik buat semua yang hadir pada malam konsert nanti dan menghasilkan sebuah persembahan romantik yang bakal menjadi kenangan manis buat semua yang penontonnya.

“Di antara lagu-lagu ‘singalong’ yang wajib dihafal oleh semua yang membeli tiket adalah Cinta Karna Cinta, Bukan Rayuan Gombal, Jikalau Kau Cinta, Putus Atau Terus dan juga Sampai Kau Jadi Milikku.
“Dapatkan segera tiket konsert yang masih ada seperti Normal Standing secara atas talian di www.ticket2u.com.my/judika, manakala tiket-tiket lain seperti Gold, Silver, VIP StandingVIP dan Platinum telah ‘sold-out’.’’ Katanya.

Sebagai makluman, pemilik nama sebenar Judika Nalom Abadi Sihotang ini memilih tema ‘Rockmantic’ yang merupakan gabungan perkataan ‘rock’ dan ‘romantik’ yang terinspirasi dari karakter Judika sendiri yang memiliki jiwa rock, namun di satu sisi yang lain pula, merupakan seorang yang penyayang dan pencinta terhadap keluarganya, pasangannya dan sering menghasilkan karya-karya berbaur romantik.

Dianggarkan sekitar lebih dari 15 buah lagu yang bakal dipersembahkan oleh Judika pada malam konsert nanti dengan durasi kurang lebih 2 jam di bawah pimpinan pengarah muzik tersohor Indonesia, Tohpati.

Judika juga berharap peminat yang menyaksikan persembahan itu meninggalkan kenangan terindah.

“Saya ingin semua peminat yang akan hadir ke konsert saya nanti bukan hanya dapat melihat dan mendengar, tetapi juga dapat merasakan dan tidak akan melupakan. Datanglah dengan jiwa seorang ‘rocker’ yang berani dan penuh semangat tetapi jangan lupa memiliki hati yang penuh cinta kerana dengan cinta membuat kita rasa bersemangat.

“Semoga konsert ROCKMANTIC NIGHT – JUDIKA & THE GANG ini menjadi salah salah satu pengalaman yang tidak akan anda dilupakan, ‘it’s a night to remember’’. Katanya.

Artikle Berkenaan:>

Tiket konsert Judika hampir ‘sold out’!

(Visited 106 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button