Luar Negara

Covid-19 di Indonesia: 49,009 kes positif, 2,573 kematian

KES positif Covid-19 di Indonesia kini melepasi angka 49,000 setelah 1,113 kes baharu dicatatkan dalam tempoh 24 jam.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto berkata bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 38 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah keseluruhan 2,573 kematian.

“Kes positif kini 49,009 manakala sebanyak 13,069 pesakit masih dalam pemantauan COVID-19,” katanya pada sidang media hariannya yang disiarkan menerusi YouTube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian tertinggi keseluruhan iaitu 750 kes, diikuti provinsi Jakarta (602 kes), Jawa Barat (171), Kalimantan Selatan (168) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.- BERNAMA

 

 

(Visited 112 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button