JenayahNasional

Berhati-hati tawaran cash-out kredit eMadani

ORANG ramai dinasihatkan berwaspada dengan tawaran perkhidmatan penebusan tunai (cash-out) atau pemindahan “peer to peer” kredit eMadani, oleh pihak tidak bertanggungjawab di platform media sosial.

Kementerian Kewangan (MoF) dalam kenyataannya berkata, ini bagi mengelakkan penerima manfaat eMadani menjadi mangsa penipuan dan sekali gus kehilangan kredit eMadani.

“MoF tidak akan bertanggungjawab jika terdapat sebarang kehilangan kredit akibat daripada pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.

“Kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMadani jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai,” katanya.

Pendaftaran dan penebusan kredit program eMadani dibuka mulai hari ini hingga 20 Feb 2024 dan akan memanfaatkan 10 juta rakyat, meliputi golongan B40 dan M40 melibatkan peruntukan RM1 bilion.

Program eMadani dilancarkan bertujuan menggalakkan ekonomi digital dan memupuk budaya pembayaran tanpa tunai.

Ia hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet terlibat iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit/perniagaan seluruh negara.

“Oleh itu, kredit eMadani tidak boleh digunakan antaranya bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai,” menurut MoF. – SM

 

(Visited 69 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button